Kekili spinning baru Penn Passion adalah satu kekili istimewa. Ia sebuah kekili yang mewakili sokongan Penn dan Purefishing untuk Yayasan Kanser Payudara Amerika (ABCF). Kekili ini bukan sahaja simbol sokongan untuk ABCF. Ia juga adalah kekili yang sangat berkebolehan dan berprestasi tinggi. Baru-baru ini kami telah mengadakan ujian lapangan bagi saiz 3000 di salah satu lapangan ujian kami di Jugra, Selangor.
Untuk ujian lapangan ini kami mengisi Penn Passion 3000 dengan tali 17lb Berkley Fireline Ultra8 Carrier dan perambut 17lb Berkley Vanish. Kekili tersebut kemudiannya digandingkan dengan joran Abu Garcia Salty Nova Colors Summer Blue (juga sedang diuji). Dibawah adalah apa yang digunakan ketika ujian tersebut.
Kekili: Penn Passion 3000
Model kekili: 3000
Size kekili: 3000
Joran: Abu Garcia Salty Nova
Model Joran: Summer Blue
Aksi Joran: PE2 – Slow / light – Medium
Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier
Lb Tali: 17lb
Tali Perambut: Berkley Vanish
Lb Tali Perambut: 17lb
Umpan/Gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub
Saiz: 3 inci
Mata kail / Jig-head: Owner (untuk Grub)
Saiz: Pelbagai
Cuaca ketika ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin/ petang mendung