Abu Garcia
OceanField (JDM)
Anda mengetahui perhatian yang didapati hanya dengan menyebut perkataan JDM di antara beberapa golongan tertentu? JDM atau Produk Tempatan Jepun merupakan produk-produk yang dibuat untuk pasaran Jepun. Ini bermakna bahawa mereka dihasilkan untuk dijual di dalam negara Jepun.
Tetapi seperti kebanyakan barangan yang dibuat untuk negara Jepun terutamanya untuk pasaran tempatan mereka; barangannya juga diterima dengan baik oleh pasaran-pasaran lain. Saya kurang pasti mengenai tempat simpanan pisang atau Mikrofon Urusakunai Kara OK! (hey, baca artikel ini hingga habis sebelum mencari informasi Urusakunai Kara OK! di laman Google), tetapi siri kekili Oceanfield oleh Abu Garcia pasti akan menjadi tumpuan. Ini adalah Kekili Spinning Oceanfield Abu Garcia yang baru, kekili yang direka oleh pasukan Abu Garcia di Jepun untuk aksi jigging di perairan mereka.
Kekili Abu Garcia OceanFielf (JDM)
Jika anda mengharapkan kekili unggul yang mampu menewaskan pemangsa besar dan gagah; ini bukan kekili tersebut. Saya kerap menulis berulang-kali mengenai kekili pemburu sebegitu tetapi yang berada di meja pejabat saya sekarang adalah tokoh jigging Zen untuk perairan air masin dengan keinginan untuk “timun dan buah ceri” (ikan comel yang mungkin sebesar lengan) Jepun. Jika anda harapkan kelajuan tinggi, tiada. Tiada Nitrus Oksida di dalam kekili ini. Sebaliknya ia akan menyuruh anda bertenang dan mententeramkan diri. Hanya perlu bertenang dengan nisbah gear iaitu 5.8:1. Terlalu pantas? Perlahankan lagi dengan 4.8:1 dalam saiz 5000.
Kenapa kekili sebegini? Bila orang Jepun membentuk barangan, rekaan mereka ada satu tujuan, satu objektif, satu matlamat. Mereka amat fokus dalam menyiapkan tugasan tersebut dengan bagus. Mereka mengetahui bahawa penghasilan satu kekili yang sesuai untuk pelbagai jenis aksi memancing bukan sahaja tidak masuk akal tetapi bodoh. Dengan pasti kekili sebegitu boleh dihasilkan tetapi ia seakan penghasilan satu pisau tunggal untuk menghiris buah-buahan, sayur-sayuran, memfilet ikan, memotong daging, menebas pokok, dan mencukur muka seseorang. Pisau tersebut tidak sesuai untuk digunakan, setuju?
Kekili OceanField (JDM) datang dengan gelendung yang bersistem “Rocket Lip” untuk prestasi yang lebih baik.
Kekili ini dibuat untuk pemancingan ringan ikan sukan di perairan air masin. Mereka dilengkapi bingkai badan X-Craftic (aloi aluminium amat kuat) yang kalis kakisan dalam binaan satu unit dan plet-plet tepian yang bukan sahaja dapat menghadapi persekitaraan air masin tetapi juga tegar terutamanya di tapak kekili, bahagian paling penting semasa pertarungan.
Gelendungnya yang dilengkapi sistem Rocket Spool Lip membenarkan pergerakan tali yang lebih lancar justeru memberikan jarak balingan yang lebih bagus. Mereka juga boleh didapati dengan rekaan gelendung cetek untuk peminat gelendung cetek yang menghasilkan balingan lebih baik dan keseronokan lebih tinggi untuk aksi pemancingan ringan.
Mengunakan sistem drag jenis “Hibrid.”
Oceanfield menggunakan Sistem Drag Matrix Karbon Hibrid iaitu sistem yang menggunakan kedua-dua cakera karbon dan ‘felt’. Sistem ini tidak akan memberikan kuasa drag terunggul tetapi terbukti lancar dan mencukupi untuk menghadapi ikan-ikan di dalam julat sasaran. Hanya saiz 5000 dilengkapi dengan drag karbon sepenuhnya.
Jika anda gemar tombol yang besar, anda akan sukakan tombol yang dipasangkan kepada Oceanfield Spinning. Tombol bulat EVA yang besar ini memberikan genggaman yang lebih baik dan saya gemar bila dapat menggenggam dengan kemas. Bayangkan semasa pertarungan dengan ikan dan genggaman anda tergelincir pada masa ia melakukan lompatan di udara dan mata kail anda tertanggal kerana pada saat genting tersebut anda telah membenarkan tali menjadi kendur bila genggaman anda tergelincir. Pastinya dengan tombol ini, situasi tidak akan berakhir begitu kecuali jika anda memiliki tangan sebesar hulk di mana anda memerlukan tombol sebesar bola sepak.
Pemegang EVA yang cukup besar.
Walaupun Kekili Spinning Oceanfield Abu Garcia direka untuk pemancing di perairan air masin, ia masih boleh memberikan persembahan yang hebat di air tawar dengan ciri operasi kekilinya yang lancar serta drag mencukupi untuk menewaskan kebanyakan spesis ikan air tawar. Oleh itu biarkan orang Jepun menggunakannya dengan satu matlamat sahaja. Di sini kami mengikuti prinsip kepelbagaian iaitu melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama dengan hasil yang memuaskan berbanding melakukan satu perkara sahaja dengan hasil yang mengagumkan. Itulah sebabnya anda memerlukan tiga huruf ini; JDM.
Mengunakan sistem bail Uniflow untuk prestasi yang lebih bagus.
Ciri-Ciri
Saiz-Saiz: 2500, 3000 dan 5000.
6 galas bebola HPCR keluli tahan karat + 1 galas reroda
Bingkai badan X-Craftic
Rocket Spool Lip™
Bail Uniflow
Sistem drag hibrid matrix karbon kalis air
Saiz 5000 dilengkapi sistem drag matrix karbon kalis air
Sistem bail Everlast
Hubungilah Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini