Warna adalah sesuatu yang selalu menangkap perhatian seseorang. Warna juga mewakili sesuatu benda, tanda, dan juga jenama.Sebagai contoh; merah untuk marah atau bahaya, kuning untuk “berhati-hati” di sesuatu tempat, hijau untuk eco atau konsep semulajadi, dan banyak lagi.
Jika anda menjejak langkah ke dalam mana-mana kedai memancing dan melihat joran-joran yang berwarna-warni; joran-joran ini besar kemungkinan adalah joran Abu Garcia dari siri Colors. Joran-joran Abu Garcia Salty Nova Colors adalah satu sisi joran Abu Garcia yang di reka oleh team Abu Garcia Korea.
Joran-Joran Abu Garcia Salty Nova Colors datang dalam lima warna iaitu:
Pastel Blue
Summer Blue
Soul Red
Active Yellow
Light Green
Apakah makna atau mksud warna-warna ini? Setiap warna mewakili sejenis joran yang di buat khas untuk sejenis segmen atau gaya memancing.
Joran Abu Garcia .Salty Nova Colors Summer Blue – joran spinning.
Summer Blue
Joran Abu Garcia Salty Nova Colors Summer Blue adalah joran yang di buat khas untuk jigging. Ia adalah jenis joran spinning yang ringan dan seimbang. Ia datang dalam dua piece dengan konfigurasi “butt joint.”
Spec Joran
Panjang: 6’3″
Berat Jig: 20 – 100g
Berat Tali: PE 0.4 – 2
Joran Abu Garcia Salty Stage Nova Colors Summer Blue.
Pastel Blue
Seperti joran Summer Blue; joran Abu Garcia Salty Nova Colors Pastel Blue adalah joran jigging juga. Perbezaannya di antara joran Pastel Blue dan Summer Blue ialah joran Pastel Blue adalah joran jigging jenis casting.
Spec Joran
Panjang: 6’3″
Berat Jig: 20 – 100g
Berat Tali: PE 0.4 – 2
Joran Abu Garcia Salty Stage Nova Colors Soul Red dengan tub rodnya.
Soul Red
Joran Abu Garcia Salty Nova Colors Soul Red adalah siri joran jenis spinning yang ringan dan di imbang dengan baik. Ia adalah joran 2 piece.
Spec Joran
Panjang: 6’6″
Berat Gewang: 2 – 7g
Berat Tali: 2 – 6lb
Joran Abu Garcia Salty Stage Light Green dengan tub rodnya.
Light Green
Joran Abu Garcia Salty Nova Colors Light Green adalah siri joran casting yang dibuat untuk aktiviti mengilat. Ia adalah satu siri joran yang dibuat untuk memancing ikan-ikan seperti ikan haruan, toman, siakap, dll. Joran Light Green ini datang dalam konfigurasi dua piece dan mempunyai tuang belakang yang amat kuat.
Spec Joran
Panjang: 6’6″
Berat Gewangt: 7 – 30g
Berat Tali: 10 – 20lb
Joran Abu Garcia Salty Stage Active Yellow – joran 4 piece.
Active Yellow
Di antara kesemua joran-joran siri Colors ini, joran Active Yellow adalah joran yang paling unik. Joran Active Yellow adalah joran untuk para pemancing yang sering melancong atau yang suka menggembara dan memancing di mana saja dia pergi. Joran Active Yellow ini adalah joran 4 peice (jenis travel rod) yang muat dalam bagasi-bagasi yang besar.
Spec Joran
Panjang: 6’6″
Berat Gewang: 2 – 7g
Berat Tali: 2 – 6lb
Kesemua joran di dalam siri joran Abu Garcia Salty Nova Colors datang dengan guide Fuji yang berkualiti tinggi, pemegang EVA berkualiti tinggi, pemegang kekili standard, dan tub-tub simpanan joran. Lihatlah joran-joran ini di kedai pancing yang berdekatan.