Fly adalah sejenis umpan yang amat ringan dan tidak aerodinamik. Oleh kerana itu, belajar membaling umpan fly akan memerlukan banyak latihan. Untuk membaling umpan fly ke kawasan air yang hendak dipancing, kami perlu mengunakan tali fly untuk membawa umpan fly ke kawasan air yang diingini. Ia tak sesenang itu.
Sains Dibelakang Balingan Fly
Pergerakan joran akan tolong anda menolak keluar tali fly anda. Setiap pergerakan joran yang anda buat akan menolak tali fly keluar. Tetapi bukan semua pergerakan joran yang anda buat adalah pergerakan yang efisien. Joran anda perlu bergerak dalam gerakan depan dan belakang dalam satu garisan yang linear.
Permulaan
Jika anda tak pernah membaling umpan fly, cara yan terbaik untuk belajar adalah dengan belajar pergerakan joran, dan membuat pergerakan ini berulangkali. Dibawah adalah cara-cara untuk membaling fly. Sebelum bermula pastikan anda berada di satu kawasan yang lapang. Pakailah topi dan cermin mata untuk perlindungan dan keselamatan anda. Jangan guna umpan fly yang ada matakail. Dan pastikan tiada orang berkeliaran di depan dan di belakang anda.
Joran ke depan.
Langkah 1
Keluarkan tali sepanjang lebih kurang 12 kaki dari tip (penghujung) joran anda. Panjang tali ini adalah lebih kurang dua kali panjang joran yang anda sedang guna. Halakan tip joran anda ke depan anda. Pegang tali fly anda (tempat berdekatan dengan kekili anda) di antara jari penunjuk anda dan tulang joran anda.
Nota 1: Anda perlu dapat melihat dimana umpan fly yang anda sedang membaling berada setiap masa supaya anda dapat membuat pergerakan yang seterusnya dalam masa yang betul.
Nota 2:Pegang joran anda pada satu sudut yang sedikit dibawah sudut menegak. Pergerakan joran anda (depan belakang) adalah dalam satu garisan yang lurus dan bukan dalam satu arca seperti pergerakan joran apabila membaling gewang.
Pegang tali pada tulang joran dengan jari anda.
Langkah 2
Tegaskan gelang tangan anda. Jika boelh, pastikan gelang tangan anda tidak bergerak. Naikan joran anda ke sudut yang dikatakan (pada Nota 2) tadi dengan mengunakan lengan anda; dan mulakan pergerakan linear joran anda. Perhatikan bahawa tali dan umpan fly anda akan turut naik ketika anda menaikkan joran anda.
Perhatikan umpan fly anda yang sedang melayang. Ia akan bergerak mengikut arah pergerakan joran dan tali anda. Pastikan tali anda membuka sehingga umpan fly anda menghabiskan perjalanannya sebelum anda menukar arah pergerakan joran, tali dan umpan fly anda. Ulangilah pergerakan ini sebanyak tiga kali.
Pegang joran tanpa gerakan gelang anda.
Langkah 3
Untuk mendaratkan umpan fly anda ke tempak yang diingini, gerakan joran anda dari belakang ke depan, dan berhentikan pergerakan joran anda secara mendadak sebelum anda merendahkan joran didepan anda. Pastikan tali anda mengalir dengan lurus sampai ke tanah di depan anda. Satu balingan yang cantik adalah apabila tali fly dan umpan fly anda mendarat di permukaan air pada masa yang sama.
Untuk membaling sekali lagi, naikan joran anda ke sudut yang dikatakan di dalam Nota 2, dan ulangilah langkah-langkah di atas. Berlatih dengan mengulangi langka-langka yang disebutkan di atas sehingga anda dapat merasai pergerakan tali dan umpan fly anda. Cuba rasakan flex tip joran anda dengan setiap pergerakan tali anda semasa anda mengerakan joran anda.
Umpan fly yang senang dilihat.
Latihlah berulang kali sampai anda rasa yakin. Apabila anda dah membiasakan diri dan yakin pada pergerakan anda, dan juga dapat merasakan flex pada joran anda; anda sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya iaitu “shooting line.” Tunggulah isu yang akan datang.