Perjalanan Ke Dalam Dunia Memancing Fly Bahagian 6 : Jenis Jenis Umpan Fly
Knowledge Wise
Advertisement
Salah satu perkara yang membuatkan pancing layang menyeronokkan dan penuh pembelajaran adalah untuk menangkap lebih banyak ikan, pemancing layang mesti mengkaji alam sekitar atau tempat (tasik, kolam, sungai, laut, dan sebagainya) yang ingin dipancing. Ini kerana mengetahui pelbagai jenis serangga, anak ikan, benda-benda yang dimakan oleh ikan-ikan ini dan lain-lain yang terdapat di tempat-tempat ini membantu pemahaman diet ikan. Dengan maklumat itu, umpan fly boleh diikat (dibuat) untuk kelihatan sama dengan diet ikan. Satu istilah yang mesti diketahui adalah “match the hatch” yang bermaksud untuk menyalin atau menggunakan apa yang kelihatan seperti makanan yang dimakan ikan di sesuatu kawasan itu.
Umpan fly adalah umpan buatan tangan menggunakan bahan semulajadi dan / atau tiruan, diikat ke mata kail untuk meniru serangga, udang, ketam, ikan, telur, dan lain-lain yang terdapat di dalam dan di sekitar kawasan pancingan. Anda mungkin tertanya-tanya, “Mengapa perlu susah-susah untuk mengikat umpan fly apabila seseorang boleh menangkap serangga tersebut dan gunakan sebagai umpan?” Nah, ia lebih memuaskan apabila dapat menangkap ikan dengan sesuatu yang dicipta oleh diri anda untuk meniru mangsa ikan, sama ada serangga, sejenis anak ikan atau buah-buahan dari pokok-pokok di tebing sungai atau tepi tasik. Untuk seorang pemancing layang, kepuasan terbesar terletak pada penciptaan umpan fly sendiri, membalingnya ke ikan, mencangkuknya, mendaratkannya dan menghargai keindahan ikan itu sebelum melepaskan ia kembali ke habitatnya. Ini adalah bentuk tertinggi pancingan rekreasi. Ia juga merupakan seni dan bukan sekadar memancing. Mengikat umpan fly tidak memerlukan replika tepat mangsa ikan tetapi cukuplah untuk mencipta sesuatu yang mirip. Yang lebih penting adalah untuk mempersembahkan umpan fly yang sama dengan saiz dan warna kepada mangsa, sama ada umpan fly jenis “wet” atau “dry”.
Dalam artikel ini ayuh melihat beberapa jenis umpan fly yang digunakan untuk pancing layang. Ini akan memberikan anda sedikit gambaran jenis umpan fly untuk digunakan apabila anda mencuba pancing layang di lubuk kegemaran anda.
Dry Fly.
Dry Flies
Salah satu terma yang kerap didengari apabila bercakap dengan pemancing layang adalah “dry fly.” Ini tidak bermakna lalat yang telah mati dan kering. “Dry fly” adalah umpan fly yang diikat untuk menyerupai serangga yang boleh ditemui di tebing sungai dan permukaan air. Umpan fly ini direka mirip seperti belalang, pepatung jarum (kelihatan seperti pepatung tetapi lebih nipis dan melipatkan sayap ketika berehat), “mayfly”, labah-labah kecil, semut, rama-rama dan kumbang.
Memandangkan serangga ini biasanya ditemukan di atas dan sekitar permukaan air (terbang merata atau berehat di atas tumbuhan berhampiran tebing); umpan “dry fly” yang menyerupai serangga ini biasanya dibuat untuk pancingan di permukaan air. “Dry fly” mempunyai keapungan dan terapung di permukaan. Untuk pancingan “dry fly” kita biasanya menggunakan tali fly terapung.
Wet fly.
Wet Flies
Satu lagi terma yang kerap digunakan pemancing layang adalah “wet fly”. Jika umpan “dry fly” dibuat untuk pancingan di permukaan air, umpan “wet fly” pastinya untuk pancingan di dalam air, bukan? Tepat. “Wet fly” adalah fly yang dibuat untuk menyerupai udang, nimfa, cacing, ketam kecil dan lain-lain.
Oleh kerana umpan “wet fly” dibuat untuk pancingan di dalam air atau dibawah permukaan air, umpan fly ini direka untuk terapung. Ia direka untuk tenggelam dibawah permukaan air. Untuk pancingan “wet fly”, biasanya tali terapung digunakan melainkan kita menyasarkan ikan yang berada di kawasan air yang lebih dalam. Untuk ini, kita boleh menggunakan tali fly jenis “intermediate sink tip” atau “full intermediate sink.”
Streamer fly.
Streamers
“Streamers” adalah umpan fly yang dibuat menyerupai anak ikan, anak udang dan hidupan akuatik kecil yang mempunyai bentuk lebih aerodinamik. “Streamers” kebiasaannya lebih besar dari “dry fly” dan “wet fly”. Disebabkan rekaan aerodinamiknya, umpan jenis ini biasanya dimainkan seperti gewang. Contohnya, ditarik dengan gerakan kecil yang mengejut. “Streamers” biasanya dipancing bersama dengan tali terapung atau tenggelam bergantung pada situasi pancingan.
Popper fly.
Poppers
Akhirnya, terma yang lebih biasa didengari. Ya, “popper” di dalam dunia pancing layang berfungsi sama seperti “popper” di dalam dunia pancingan gewang. Umpan fly ini akan membuat “pop” di permukaan air apabila ditarik dengan pantas dan rapat, yang akan mewujudkan kekecohan di permukaan air dan menarik perhatian pemangsa. “Popper” di dalam dunia pancing layang mempunyai rekaan kepala mirip dengan gewang “popper.” Perbezaannya adalah di dalam dunia pancing layang, badan “popper” dibuat oleh bahan mengikat umpan fly dan diikat pada sebuah mata kail. Tali terapung adalah terbaik bagi umpan ini.
Terdapat sub-kategori lain tetapi umpan-umpan diatas adalah jenis umpan fly yang umum digunakan dalam pancing layang. Di dalam isu-isu seterusnya kita akan melihat kategori ini dengan lebih mendalam. Oleh itu, nantikan dan jangan lupa latihan pancingan layang anda.
Advertisement
Contact us
For more information or should your have enquiries, do drop us an email.