Perjalanan Ke Dalam Dunia Memancing Fly Bahagian 9: Streamer Fly

By The Angler

Streamers, juga di dalam kategori wet fly, adalah umpan fly yang di pancing di bawah permukaan air. Fly jenis streamer menyerupai ikan-ikan kecil atau hidupan-hidupan akuatik seperti udang dan pacat yang biasa di makan oleh ikan-ikan. Terdapat juda streamer yang ‘pop’ seakan-akan gewang jenis popper.

Alihkan perhatian anda kepada jenis umpan lembut dan juga gewang plastik yang biasa digunakan pemancing-pemancing gewang; contohnya gewang minnow yang menyerupai umpan ikan kecil. Ada banyak lagi bentuk gewang dan umpan lembut seperti beberapa jenis udang, ikan kecil, pacat, lintah, dll. Kebanyakan fly streamer diikat untuk menyerupai binatang-binatang akuatik ini.

Popper, memang sejenis gewang yang dikenali oleh hampir semua para pemancing. Oleh kerana ini, kami mengalakkan pemancing-pemancing yang hendak menceburi aktiviti memancing layang untuk bermula dengan mengunakan jenis fly streamer.

fly fishing tips, how to fly fish, fly fishing lessons, streamer flies, how to use streamers, how to use streamer flies, fishing with streamers, what are streamers, what are streamer flies, learning to fly, fly fishing lessons free

Streamer fly yang menyerupai ikan-ikan kecil.

Cara Memancing Dengan Streamer

Saya tidak akan memasuki bab casting di sini kerana cara membaling fly streamer ini adalah sama seperti cara membaling fly-fly yang lain. Apa yang saya akan membincangkan adalah teknik mengendalikan fly streamer ini.

Lebih kurang sama dengan pancingan umpan lembut; streamer boleh di pancing dengan teknik teknik seperti berikut. Tarik, henti, tarik, henti, tarik, henti. Boleh juga mengunakan teknik tarik, tarik, henti. Tarik, tarik, henti. Terik, tarik, henti. Anda juga boleh tarik, tarik, tarik, henti sehingga fly streamer yang anda gunakan kembali. Cara pengendalian fly streamer lebih kurang sama dengan cara-cara pengendalian umpan lembut dan gewang plastik.  

Teknik yang biasa digunakan pemancing-pemancing umpan lembut adalah membaling umpan ke dalam sungai dan membiarkannya mengikut aliran sungai ke bawah sebelum umpan lembut yang digunakan di karau kembali. Teknik ini juga boleh digunakan dengan fly streamer.

Di Manakah Kami Boleh Memancing Dengan Fly Streamer?

Fly streamer boleh dipancing di sungai, kolam, tasik, dan juga laut. Streamer juga boleh di pancing di air yang agak keruh. Seperti gewang plastik, fly streamer di ambil ikan kerana ia menyerupai sesuatu yang biasa di makan oleh ikan itu, dan juga kerana reaksi. Dari artikal ini para pemancing umpan lembut dan gewang plastik pasti mendapat idea-idea cara mengunakan fly treamer.

Dalam artikel ini anda pasti dapat melihat persamaan (cara memancing / memain) diantara umpan lembut, gewang plastik, dengan fly jenis streamer. Jika anda baru berjinak-jinak nak belajar memancing layang, bermula lah dengan fly streamer. Ia boleh dipancing di bawah permukaan air dan juga di permukaan air. Dalam isu yang akan datang kami akan melihat cara mempersembahkan fly anda kepada ikan. Selamat memancing.

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.