Beberapa hari lalu saya terbabit didalam satu kelas yang dijalankan secara online. Salah satu peserta didalam kelas tersebut adalah seorang pemancing. Berboraklah kami mengenai hobi kami. Hobi memancing telah membuka mindanya, dan kini dia lebih peka dengan keadaan alam semulajadi. Dia adalah seorang pemancing fly, salah satu ilmu diturunkan oleh ayahnya. Dari kecil lagi dia asyik memerhati alam persekitaran tapak-tapak memancing yang kerap dia pancing.
Pemancing ini yang tinggal di England selalu mengikut ayahnya memancing di tasik-tasik yang digemari ayahnya. Dengan memerhati alam semulajadi di persekitaran tasik-tasik ini, dia telah membina satu pengetahuan yang mendalam, yang juga dapat menolong beliau menjadi seorang pemancing yang jarang sekali kumpau. Tetapi yang lebih penting kepadanya adalah tabiat beliau menjaga alam persekitarannya.
Ikan-ikan sebarau di kawasan air yang cetek.
Dalam alam memancing fly, salah satu istilah yang kerap di dengar adalah “match the hatch.” Makna isitlah ini adalah untuk menguna jenis-jenis fly yang merupai serangga-serangga, ikan-ikan, telur ikan, telur serangga, etc. yang berada di tapak memancing, atau tasik-tasik yang anda hendak memancing. Serangga-serangga, telur serangga, etc. akan menukar mengikut musim. Oleh kerana itu, anda harus memerhati alam sekitar tasik-tasik yang anda memancing.
Kenalilah setiap pertukaran musim. Apakah serangga-serangga yang memasuki kawasan tasik ini? Kenali juga musim mengawan ikan-ikan yang hidup didalam tasik-tasik yang kerap memancing. Beri perhatian juga kepada tumbuh-tumbuhan yang berdekatan dengan tasik-tasik ini. Dengan pengetahuan ini, anda boleh membuat pelan-pelan memancing yang lebih efisien.
Seekor belalang diatas sehelai daun, di tepi sebuah tasik. Mungkin ikan-ikan yang mendiami tasik ini, gemar makan belalang.
Dari pembincangan kami, saya mendapat beberapa point yang bagus…
Kenalilah tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan anda memancing.
Memerhati kitaran hidup serangga-serangga, ikan-ikan, etc. di tapak memancing anda.
Gunakan serangga-serangga, ikan-ikan, etc. sebagai umpan sebelum mengikat umpan fly yang menyerupai mereka.
Perhatikan pertukaran musim-musim, dan bagaimana pertukaran musim mempengaruhi kehidupan di dalam dan juga luar tasik yang anda selalu memancing.
Perhatikan juga pertukaran air. Ia mungkin lebih alkaline atau acidic mengikut musim.
Beberapa umpan fly menyerupai serangga, ikan, udang, etc. yang mendiami kawasan sebuah tasik.
Banyak lagi yang boleh diperhatikan. Lebih anda tahu, lebih baiklah prestasi memancing anda. Bawak juga anak-anak anda supaya mereka dapat belajar mengenai alam persekitaran mereka juga. Aktiviti memancing boleh mengeratkan perhubungan semua ahli-ahli keluarga.