Cara kita strike ikan memang amat penting. Kalau strike kita kurang baik, matakail besar kemungkinan melucut lalu kita kehilangan ikan tersebut. Bukan semua strike akan menanam matakail dengan baik didalam mulut ikan. Kadang-kadang matakail akan melucut keluar dan ikan akan melarikan diri. Apa yang kita boleh buat ialah untuk mengurangkan kes-kes lucut ini.
Dalam sukan memancing fly, cara strike ikan berbeza dengan cara-cara memancing yang lain. Ini adalah kerana cara mengendalikan tali fly dan umpan fly berbeza dengan cara kita menggerakan gewang plastic, sesudu, etc. Bagaimana kita boleh melaksanakan strike yang baik dalam memancing fly ini?
Matakail yang tajam amat penting.
Sebelum kami mendalami cara strike ikan dalam fly fishing ini, saya akan menggunakan istilah casting hand (tangan yang memegang joran), dan stripping hand (tangan yang mengendalikan tali fly) dalam artikel ini, supaya tiada kekeliruan dalam proses penerangan artikel ini.
Bayangkan…
Bayangkan anda sedang membaling umpan fly anda. Umpan fly anda sampai di permukaan air dan duduk disitu tanpa apa-apa pergerakan. Ia perlu digerakkan untuk meniru serangga-serangga, atau ikan-ikan kecil yang berada di dalam air yang sedang anda memancing. Untuk memberi “nyawa” kepada umpan fly anda, anda akan menarik tali fly anda. Aksi ini dipanggil stripping. Lepas beberapa kali anda melaksana kaedah stripping ini, ikan pun membaham fly anda. Banyak tali longgar pula di atas air. Apa yang harus anda lakukan?
Pegang tali dengan tangan casting anda. Naikkan joran anda dan strike ikan tersebut untuk menanam matakail didalam mulut ikan, dalam masam yang sama; karau kekili anda dengan “stripping hand” anda untuk menyimpan kembali tali kedalam gelendung kekili anda. Sekarang anda boleh melawan ikan tersebut dengan menggunakan kekili anda.
Beri perhatian kepada jari tangan casting (tangan yang memegang joran) yang sedang memegang tali.
Dalam aktiviti memancing fly, ada dua kaedah untuk melawan ikan. Satu adalah dengan menggunakan kekili. Satu lagi adalah dengan menggunakan tangan. Satu tangan untuk memegang tali dan memastikan tegangan tali. Satu lagi adalah untuk mengedalikan tali.
Itu dia, cara untuk strike ikan apabila ikan mengambil umpan fly anda. Berapa kuat anda perlu strike terpulang kepada joran and matakail fly anda. Kamu harus strike dengan lembut jika anda menggunakan tali yang ringan dan halus. Juga terpulang kepada jenis ikan yang anda sedang memancing.