Teknik Baitcasting

Bab VI

Sebagai seorang pemancing ia adalah penting untuk mempelajari kemahiran yang baru. Pernahkah anda berada dalam satu situasi dimana anda nampak ikan, nak baling gewang anda kepada ikan tersebut tetapi tidak boleh kerana disekat oleh seseorang atau sesuatu? Mempelajari cara-cara membaling yang baru boleh menolong anda dalam situasi tersebut. Lebih cara-cara membaling yang anda ketahui, lebih banyak ikan akan anda dapat bertarung dengan.

Di dalam isu yang lepas kami telah mempelajari casting tepi atau side cast, iaitu satu balingan yang dibuat dari tepi. Sekarang pula kami mempelajari backhand cast (semacam backhand serve dalam sukan badminton).

Fishing malaysia, baitcasting techniques, how to cast a baitcasting reel, how to baitcast, how to use a low profile reel, how to do baitcasting, baitcasting methods,

Memang sedap memancing dengan kekili casting berprofil rendah

Backhand Cast

Backhand cast dibuat dari tepi yang bertentangan dengan tangan yang memegang joran seperti membuat servis backhand didalam sukan badminton. Jika anda memegang joran dengan tangan kanan, backhand cast anda akan dibuat di kiri anda. Jika anda kidal, backhand cast anda dibuat di kanan anda.

Fishing malaysia, baitcasting techniques, how to cast a baitcasting reel, how to baitcast, how to use a low profile reel, how to do baitcasting, baitcasting methods,

Posisi permulaan.

Cara Backhand Cast

Dalam artikel ini saya akan beranggapan yang anda memegang joran dengan tangan kanan anda.

Langkah 1

Laraskan brek dan cast control ke setting yang anda selesa membaling dengan.

Langkah 2

Pegang joran seakan-akan anda sedang memegang raket badminton untuk membuat servis backhand. Ini bermakna bahawa joran anda melintasi badan anda dengan hujung joran atau rod tip menunjuk ke kiri anda.

Fishing malaysia, baitcasting techniques, how to cast a baitcasting reel, how to baitcast, how to use a low profile reel, how to do baitcasting, baitcasting methods,

Rasailah tenaga dan daya tarikan gewang anda.

Langkah 3

Dengan menggunakan gelangan tangan anda, lukis huruf C dengan penghujung joran anda. Jangan lepaskan tali lagi. Rasakan keberatan dan pergerakan gewang (atau plag casting). Jangan lepaskan tali terdahulu. Buat sebegini untuk menangkap masa untuk melepaskan tali iaitu apabila gewang atau plag casting sedang kedepan.

Fishing malaysia, baitcasting techniques, how to cast a baitcasting reel, how to baitcast, how to use a low profile reel, how to do baitcasting, baitcasting methods,

Biar gewang terbang kedepan.

Langkah 4

Apabila anda dah dapat tangkap masa yang sesuai untuk melepaskan tali, lepaskan ibu jari dari gelendung dan biarkan gewang atau plag casting terbang kearah depan. Jika garis penerbangannya terlalu tinggi ini bermakna masa anda melepaskan tali adalah terlalu lewat. Jika garis terbang terlalu rendah, ia bermakna anda telah melepaskan tali terlalu awal.

Karau kembali gewang atau plag casting anda dan cuba sekali lagi. Cuba sampai dapat. Itulah nasihat paling baik untuk mempelajari teknik-teknik casting.

Klik disini untuk kembali ke Isu 66

Kembali ke isu-isu Majalah Pemancing

Klik untuk ke laman Utama

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.