Berkley Fireline Ultra 8 Carrier 

Pandu Uji

Berkley Fireline, Berkley lines, Berkley Fireline Ultra 8 Carrier, Berkley fishing lines, Fireline, Berkley Ultra 8, the angler, the angler magazine, fishing magazine Malaysia, fishing magazine asia, fishing in Asia, fishing with Berkley, fishing lines review, review fishing lines, best fishing lines

Advertisement

Siri tali pancing Berkley Fireline telah lama menjadi kegemaran pemancing profesional. Salah satu perkara yang dilakukan oleh Berkley adalah memperkenalkan Dyneema ke dalam dunia pancing bertahun-tahun yang lalu. Ini meletakkan Berkley sebagai pemimpin dalam teknologi tali pancing sehingga kini. Tambahan baru kepada keluarga tali Berkley Fireline ialah Berkley Fireline Ultra 8 Carrier.

Tali Fused

Secara asasnya terdapat 3 kategori superline; tali sulam, nanofilament dan tali fused. Berkley Fireline Ultra 8 Carrier merupakan tali fused. Tali fused adalah tali halus yang dibuat dengan Dyneema (Berkley Fireline), dikumpulkan sekali, dan kemudiannya disatukan. Ia adalah agak sama dengan tali sulam dengan perbezaanya adalah tali ini tidak disulam bersama. Mereka dikumpulkan dalam baris lurus dan disatukan.

Berkley Fireline, Berkley lines, Berkley Fireline Ultra 8 Carrier, Berkley fishing lines, Fireline, Berkley Ultra 8, the angler, the angler magazine, fishing magazine Malaysia, fishing magazine asia, fishing in Asia, fishing with Berkley, fishing lines review, review fishing lines, best fishing lines

Fiber Dyneema berkualiti tinggi digunakan untuk membina tali ini.

Berkley Fireline Ultra 8 Carrier menggunakan 8 carrier (tali halus atau diameter kecil) untuk membuat satu tali yang kuat. Ini membuatkan Ultra 8 Carrier sebuah tali yang kuat dan tahan lasak. Berkley menyatakan Ultra 8 Carrier adalah sekurang-kurangnya 4 kali lebih tahan lelasan berbanding tali lain dalam kelasnya. Hanya satu cara untuk mengetahui jika tali ini cukup iaitu dengan mengujinya. Kami mengujinya di kolam ujian lapangan biasa kami di Jugra, Selangor (Malaysia).

Untuk menguji Berkley Fireline Ultra 8 Carrier kami mengisi dua kekili; sebuah Abu Garcia Revo X dan Penn Passion. Revo X (X10/Saiz 1000) dipadankan bersama joran Abu Garcia Seacaster II (Ultra Light – Finesse). Revo X diisi dengan Berkley Fireline Ultra 8 Carrier (10lb). Penn Passion (3000) pula dipadankan bersama joran Abu Garcia Salty Nova Colours Summer Blue (PE2 Aksi Light – Med) dan diisi dengan Berkley Fireline Ultra 8 Carrier (17lb).

Alat Pancing Yang Digunakan Ketika Ujian (1)

Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier

Lb Tali: 10lb

Tali Perambut: Berkley Vanish

Lb Tali Perambut: 17lb

Jenama Joran: Abu Garcia

Siri: SeaCaster II

Model: SIIS662UL -Finesse

Aksi: Ultra Light (Finesse)

Kekili: Abu Garcia Revo X

Model Kekili: X10

Saiz Kekili: 1000

Umpan/gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub

Saiz: 3 inci

Mata Kail / Jig-heads: Owner (untuk Grub)

Cuaca Ketika Ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin / petang yang mendung

 

Alat Pancing Yang Digunakan Ketika Ujian (2)

Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier

Lb Tali: 17lb

Tali Perambut: Berkley Vanish

Lb Tali: 17lb

Jenama Joran: Abu Garcia

Siri: Salty Nova

Model: Summer Blue

Aksi: PE2 – Slow / light – Medium

Kekili: Penn Passion

Model Kekili: 3000

Saiz Kekili: 3000

Umpan/Gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub

Saiz: 3 inci

Mata Kail / Jig-heads: Owner (untuk Grub)

Cuaca Ketika Ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin / petang yang mendung

 

Kelicinan Tali

Berkley Fireline terkenal kerana kelicinannya dan Ultra 8 Carrier juga mempunyai ciri tersebut. Ultra 8 Carrier dapat membaling gewang kami dan memberi jarak balingan yang sangat bagus. Terdapat sedikit angin ketika ujian dan kami terpaksa membaling ke arah angin. Walaupun begitu, kami mendapat jarak balingan yang sangat bagus dengan gewang kami sampai ke seberang kolam dengan mudah. Kami tidak perlu membaling dengan kuat untuk mendapat jarak tersebut. Mungkin ia kerana salutan pada tali ini yang membuatkannya licin.

Berkley Fireline, Berkley lines, Berkley Fireline Ultra 8 Carrier, Berkley fishing lines, Fireline, Berkley Ultra 8, the angler, the angler magazine, fishing magazine Malaysia, fishing magazine asia, fishing in Asia, fishing with Berkley, fishing lines review, review fishing lines, best fishing lines

Tali yang sungguh kuat.

Sensitif

Berkley Fireline Ultra 8 Carrier tidak mempunyai regangan dan membantu mengalirkan getaran dengan baik menjadikannya tali yang sensitif untuk digunakan. Ketika saya mengheret umpan saya (Berkley Powerbait Sim Shad) di dasar kolam, saya dapat merasai perbezaan permukaan dasar. Apabila ikan menyambar umpan saya dapat merasainya dengan mudah dan dapat menembuskan mata kail dengan bagus setiap kali walaupun menggunakan joran ultra-light dengan hujung joran yang lebih lembut dan perlahan. Tiada ikan yang lucut ketika setup ini diuji (kami terlucut seekor dengan setup tali 17lb kerana mata kail terkangkang).

Berkley Fireline, Berkley lines, Berkley Fireline Ultra 8 Carrier, Berkley fishing lines, Fireline, Berkley Ultra 8, the angler, the angler magazine, fishing magazine Malaysia, fishing magazine asia, fishing in Asia, fishing with Berkley, fishing lines review, review fishing lines, best fishing lines

Tali yang sensitif.

Kekuatan Dan Ketahanan Lelasan

Ketika ujian ini saya mengalami satu pengalaman yang tidak menyenangkan (kerana ikan hampir terlepas). Sebuah Siakap Merah yang kuat menyambar Swim Shad saya dan terus meluru ke arah dua paip PVC sekitar 5 kaki dari kawasan sambaran. Saya tidak dapat menahan larian ikan tersebut dengan joran Ultra Light. Dalam beberapa saat sahaja saya melihat tali membelit kedua-dua paip PVC tersebut. Kemudian, saya merasai geseran pada tali.

Saya menyangka ikan tersebut berjaya melepaskan diri tetapi saya dapat merasakan ia berenang dan mengeluarkan tali dari gelendong kekili saya tetapi setelah beberapa saat ia berhenti bergerak. Saya memutuskan untuk mengetatkan drag, membalut tali pada “inhaler” saya dan cuba memutuskan tali. Saya telah berputus asa dan menyangka perlawanan telah tamat. Tali tersebut tidak putus malah ia tidak lagi terbelit pada paip ketika saya menariknya dan ikan masih berada di hujung tali. Tidak lama kemudian saya berjaya mendaratkan ikan itu. Hasil yang mengagumkan untuk tali 10lb.

Ketika memeriksa tali untuk melihat jika ada lelasan, saya terkejut melihat ia masih dalam kondisi baik. Saya terus memancing tanpa memotong mana-mana bahagian tali, dan melawan beberapa lagi Siakap Merah, Kerapu dan agak banyak Jenahak.

Berkley Fireline, Berkley lines, Berkley Fireline Ultra 8 Carrier, Berkley fishing lines, Fireline, Berkley Ultra 8, the angler, the angler magazine, fishing magazine Malaysia, fishing magazine asia, fishing in Asia, fishing with Berkley, fishing lines review, review fishing lines, best fishing lines

Banyak ikan dinaikan dengan tali Berkley Fireline Ultra 8 Carrier.

Kesimpulan

Secara peribadinya saya sangat kagum dengan Berkley Fireline Ultra 8 Carrier. Ia telah membuktikan bahawa ia adalah tali yang kuat dalam ujian kami. Ia sedikit keras seperti semua tali “fused”/gabungan tetapi ia sangat mudah diurus dan memberikan balingan yang baik. Ultra 8 Carrier adalah sensitif, tiada regangan, licin, dapat menangani lelasan dengan baik dan memberi jarak balingan yang bagus. Ia pastinya adalah tali pancing yang baik untuk digunakan terutamanya dalam situasi pancing yang memerlukan kekuatan seperti dalam pancingan di kawasan yang padat dengan tumbuhan.

Advertisement

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.