Berkley Fireline Ultra 8 Carrier menggunakan 8 carrier (tali halus atau diameter kecil) untuk membuat satu tali yang kuat. Ini membuatkan Ultra 8 Carrier sebuah tali yang kuat dan tahan lasak. Berkley menyatakan Ultra 8 Carrier adalah sekurang-kurangnya 4 kali lebih tahan lelasan berbanding tali lain dalam kelasnya. Hanya satu cara untuk mengetahui jika tali ini cukup iaitu dengan mengujinya. Kami mengujinya di kolam ujian lapangan biasa kami di Jugra, Selangor (Malaysia).
Untuk menguji Berkley Fireline Ultra 8 Carrier kami mengisi dua kekili; sebuah Abu Garcia Revo X dan Penn Passion. Revo X (X10/Saiz 1000) dipadankan bersama joran Abu Garcia Seacaster II (Ultra Light – Finesse). Revo X diisi dengan Berkley Fireline Ultra 8 Carrier (10lb). Penn Passion (3000) pula dipadankan bersama joran Abu Garcia Salty Nova Colours Summer Blue (PE2 Aksi Light – Med) dan diisi dengan Berkley Fireline Ultra 8 Carrier (17lb).
Alat Pancing Yang Digunakan Ketika Ujian (1)
Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier
Lb Tali: 10lb
Tali Perambut: Berkley Vanish
Lb Tali Perambut: 17lb
Jenama Joran: Abu Garcia
Siri: SeaCaster II
Model: SIIS662UL -Finesse
Aksi: Ultra Light (Finesse)
Kekili: Abu Garcia Revo X
Model Kekili: X10
Saiz Kekili: 1000
Umpan/gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub
Saiz: 3 inci
Mata Kail / Jig-heads: Owner (untuk Grub)
Cuaca Ketika Ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin / petang yang mendung
Alat Pancing Yang Digunakan Ketika Ujian (2)
Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier
Lb Tali: 17lb
Tali Perambut: Berkley Vanish
Lb Tali: 17lb
Jenama Joran: Abu Garcia
Siri: Salty Nova
Model: Summer Blue
Aksi: PE2 – Slow / light – Medium
Kekili: Penn Passion
Model Kekili: 3000
Saiz Kekili: 3000
Umpan/Gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub
Saiz: 3 inci
Mata Kail / Jig-heads: Owner (untuk Grub)
Cuaca Ketika Ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin / petang yang mendung
Kelicinan Tali
Berkley Fireline terkenal kerana kelicinannya dan Ultra 8 Carrier juga mempunyai ciri tersebut. Ultra 8 Carrier dapat membaling gewang kami dan memberi jarak balingan yang sangat bagus. Terdapat sedikit angin ketika ujian dan kami terpaksa membaling ke arah angin. Walaupun begitu, kami mendapat jarak balingan yang sangat bagus dengan gewang kami sampai ke seberang kolam dengan mudah. Kami tidak perlu membaling dengan kuat untuk mendapat jarak tersebut. Mungkin ia kerana salutan pada tali ini yang membuatkannya licin.