Apabila berbicara tentang umpan plastik lembut, kegemaran saya adalah Berkley Gulp dan Berkley PowerBait yang telah terbukti sangat produktif berkali-kali. Pemancing profesional sangat suka kerana umpan-umpan ini membantu mereka menangkap ikan dan memenangi kejohanan memancing.
Berkley membelanjakan banyak wang bagi penyelidikan dan pembangunan untuk umpan plastik lembut mereka dan melakukan ujian atas ikan di dalam makmal mereka dan juga di lapangan bersama pemancing profesional dan penguji lapangan di seluruh dunia; oleh itu umpan mereka produktif dan telah membantu ramai pemancing menangkap lebih banyak ikan. Baru-baru ini kami telah menguji PowerBait Swim Shad keluaran Berkley yang mempunyai bentuk ikan (Shad) dengan pemberat dalaman dan mata kail (jig head).
Untuk menguji PowerBait Swim Shad terbaru keluaran Berkley kami ke tapak ujian kegemaran kami di Jugra, Selangor untuk menguji umpan plastik ini dengan pelbagai jenis ikan seperti Kerapu, Jenahak, Siakap Merah dan Siakap. Kami, tahu bahawa PowerBait Swim Shad adalah umpan yang baik tapi sejauh manakah keberkesanannya?