Perjalanan Ke Dalam Dunia Memancing Fly: Bab 10
Asas Persembahan Fly – Gaya-Gaya Pendaratan Fly 1: Pendaratan Yang Bising
By The Angler
Saya sering kali mengatakan bahawa memancing fly bukanlah hanya satu sukan, tetapi ia adalah satu seni memancing. Lihat bagaimana seorang pelukis yang terkenal melukis sebuah gambar. Dia menggunakan sebatan, tekanan, dan alat yang berbeza untuk memdapatkan kesan-kesan yang berbeza pada lukisannya. Tekanan yang ringan memberikan garisan-garisan yang lebih halus. Tekanan yang lebih tinggi memberikan garisan-garisan yang lebih tebal. Cara “mencucuk” atau “menitik” memberi bentuk-bentuk yang lebih kecil seakan percikan. Saya sebenarnya bukan seorang pelukis, jadi saya tidak tahu syaratnya. Tetapi saya harap anda erti apa yang saya sedang cuba katakan.
Apabila kita melihat cara-cara persembahan fly, ia seakan-akan seperti satu lukisan. Pelukis, atau di dalam kes ini – pemancing fly; membaling fly dengan cara yang anggun. Bagaimana fly itu bergerak melalui udara, bagaimana ia mendarat, dan apa yang dilakukannya ketika berada di dalam air; semuanya berada di tangan pemancing fly tersebut. Ini semua ada dalam teknik-teknik dan cara bagaimana seseorang mengendalikan umpan flynya.
Dalam artikel ini kita melihat cara-cara pendaratan umpan fly. Ini bermaksud bagaimana umpan fly mendarat di atas permukaan air. Adakah ia akan mengeluarkan banyak bunyi, menimbulkan gangguan, getaran yang banyak, dan kekacauan ketika umpan fly memecah permukaan air? Atau adakah ia mendarat dengan lembut ketika ia sampai di permukaan air, seperti seorang pembunuh yang senyap bergerak ke arah sasarannya? Terdapat kegunaan-kegunaan dan kebaikan kedua-dua gaya pendaratan umpan fly ini.
Pendaratan Yang Bising
Apa sebabnya seorang pemancing hendak mendaratkan umpan fly nya dengan cara yang bising? Bukankah lebih baik untuk mendaratkan umpan fly dengan senyap? Itu bergantung kepada ikan-ikan yang kita sasarkan dan di mana kita memancing. Jika memancing mesti mengunnakan cara yang tenang atau senyap; lalu apa gunanya gewang seperti popper? Gewang ini dibuat untuk membuat bunyi-bunyi “pop” (bukan lagu ya) untuk menarik perhatian ikan.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk mendaratkan umpan fly anda dengan bising? Ini sebenarnya terpulang kepada sudut (lintasan) anda mendaratkan umpan fly, dan seberapa cepatnya anda menjatuhkan umpan fly anda ke permukaan air. Semakin tajam lintasan, semakin kuat bunyinya. Lintasan 45 darjah akan menghasilkan percikan yang lebih besar (lebih bising pendaratan umpan fly anda), berbanding dengan lintasan 20 darjah yang lebih lembut dan senyap. Semakin laju anda menurunkan joran anda, semakin tajam lintasan, dan semakin kuat percikan dipermukaan air.
Ini dicapai dengan cara anda mengakhiri gerakan hadapan atau pergerakan pengakhiran balingan anda. Sekiranya anda mengakhiri pemain anda dengan mengarahkan joran anda ke bawah dengan laju, anda akan umpan fly anda akan memecah permukaan air dengan lebih laju dan membuat satu pendaratan yang bising. Ikan-ikan yang senang di takutkan akan meluru ke rumput-rumput liar atau dahan bawah air, untuk berlindung. Ikan pemangsa seperti ikan toman pula akan akan memberi perhatian dan memutuskan sama ada untuk menyerang atau tidak, atau mungkin ia menyerang kerana reaksinya terhadap umpan fly anda.
Sekiranya anda memancing di sebuah kolam yang mempunyai tekanan memancing yang tinggi, dan ikan-ikan di kolam tersebut mudah digeruni; anda mungkin ingin mengunakan cara pendaratan yang jauh lebih lembut. Tetapi jika anda memancing di kolam yang liar, dan yang kurang aktiviti memancingnya, maka anda boleh mencuba kaedah pendaratan sebegini.
Di dalam isu yang akan datang, kami akan membincang tentang cara untuk mendaratkan umpan fly anda secara senyap.
Contact us
For more information or should your have enquiries, do drop us an email.