Jared merupakan yang pertama untuk mendapatkan seekor Pelian dengan sebuah gewang minnow tenggelam yang kecil. Tangkapan tersebut memberi sedikit keyakinan terhadap apa yang kami lakukan. Dari maklumat yang dikumpulkan sebelum trip ini, Pelian lebih suka gewang minnow tenggelam kecil bersaiz 5cm seperti Rapala Countdown 5 yang kami gunakan yang memberikan hanya sedikit hasil. Walaupun saya dan Jared mendaratkan beberapa ekor Pelian dengan minnow tenggelam, ia tidak begitu efektif kerana arus air yang kuat menghanyutkan gewang kami dari zon sasaran sebelum ia boleh tenggelam.
Kesedaran ini menyebabkan saya dan Jared mencuba gewang diving jerkbait yang berkesan dalam situasi ini kerana ia menyelam dalam dan kekal di kedalaman air yang dikehendaki tanpa dihanyutkan arus yang kuat. Setelah menyedari perkara ini, Jared terus mendaratkan beberapa ekor Pelian bersaiz baik di kawasan lubuk dalam dan pinggir jeram dan kami menamatkan sesi pancingan pada hari pertama.
Hari kedua dimulakan di kawasan sungai yang lebih besar, di mana sasaran utama adalah Sebarau Dua Belang yang terkenal. Sementara saya memulakan hari dengan gewang spoon kecil, Jared menggunakan gewang-gewang permukaan air. Walaupun spoon saya menghasilkan banyak ikan bersaiz kecil, gewang popper Jared telah menggoda seekor raksaksa untuk menyambarnya. Dengan peralatan pancing ringan dan arus kuat, Jared menghadapi perlawanan sengit dan ia menjadi sorotan utama trip ini sehingga ia berjaya didaratkan untuk sebuah sesi bergambar yang cepat. Hari berlalu dengan agak cepat dengan Jared mendaratkan kebanyakkan ikan menggunakan gewang crankbait selaman dalam manakala saya mengalami kesukaran menangkap ikan kerana kekurangan gewang yang sesuai.