Gamakatsu

Nautilus Circle Hooks

Matakail jenis Circle hook sudah lama berada didalam pasaran. Saya pun dah lama mengunakannya. Matakail circle hook yang saya paling gemari adalah dari jenama Gamakatsu Nautilus. Ia adalah matakail yang saya selalu guna apabila saya pergi memancing ikan layar dan juga di kolam memancing ikan air tawar yang besar seperti keli Amazon yang berekor merah.

Gamakatsu hooks, Gamakatsu Nautilus Circle Hooks, Gamakatsu, Gamakatsu Circle hooks, best hooks, best circle hooks, circle hooks, tough hooks, Japanese hooks, Hooks for fishing, best hooks for fishing,

Matakail Gamakatsu Nautilus Circle Hooks adalah matakail jenis circle hooks yang paling saya gemari.

Kukuh Dan Kuat

Matakail Gamakatsu Nautilus Circle hook adalah matakail yang amat kukuh dan kuat. Ia dibuat dengan besi jenis carbon steel yang teramat kuat. Ini memberikannya satu permukaan yang amat licin, kekuatan tensil yang kuat, dan daya tahanan yang tinggi.

Sama seperti semua jenis matakail circle hook yang berada dipasaran, Nautilus Circle Hook dibuat untuk memegang tepi mulut ikan apabila ikan memusingkan kepala menghala ke arah bertentangan dengan kuasa tarikan. Dengan mata yang amat tajam, Nautilus circle dengan senang menembusi tepi mulut ikan. 

Gamakatsu hooks, Gamakatsu Nautilus Circle Hooks, Gamakatsu, Gamakatsu Circle hooks, best hooks, best circle hooks, circle hooks, tough hooks, Japanese hooks, Hooks for fishing, best hooks for fishing,

Matakail yang berkualiti tinggi.

Baik Untuk Memancing Dengan Umpan

Matakail Gamakatsu Nautilus Circle hook memang sesuai digunakan untuk pancing dasar atau denga umpan hidup seperti ikan, sotong, udang, etc. Ia datang dengan cangkuk di berdekatan dengan mata matakail tersebut. Ikan hidup yang selalu saya gunakan adalah seperti ikan selar, ikan kembung, kerisi, dan lain-lain.    

Gamakatsu hooks, Gamakatsu Nautilus Circle Hooks, Gamakatsu, Gamakatsu Circle hooks, best hooks, best circle hooks, circle hooks, tough hooks, Japanese hooks, Hooks for fishing, best hooks for fishing,

Matakail ini memang sesuai untuk umpan hidup seperti ikan dan sotong.

Terbukti

Dah lama saya gunakan matakail Gamakatsu Nautilus Circle Hook ini semasa trip-trip memancing ikan layar, dan juga kat kolam ikan air tawar yang di diami ikan-ikan besar seperti ikan keli Amazon, Ikan keli Mekong, dan banyak lagi. Tak pernah saya mengalami masalah dengan matakail Gamakatsu Nautilus ini.

Gamakatsu hooks, Gamakatsu Nautilus Circle Hooks, Gamakatsu, Gamakatsu Circle hooks, best hooks, best circle hooks, circle hooks, tough hooks, Japanese hooks, Hooks for fishing, best hooks for fishing,

Matakail Gamakatsu Nautilus Circle Hooks memang terbukti.

Harga Yang Agak Tinggi

Matakail Gamakatsu Nautilus Circle Hook bukanlah matakail yang biasa. Ia memanglah salah satu matakail yang berkualiti tinggi. Dengan kehebatan kualitinya datang juga harga yang agak tinggi. Tetapi harganya memang sangat berbaloi. Tak akan nak hilang ikan impaian anda keran anda hendak menjimat beberapa Ringgit kan?

Gamakatsu hooks, Gamakatsu Nautilus Circle Hooks, Gamakatsu, Gamakatsu Circle hooks, best hooks, best circle hooks, circle hooks, tough hooks, Japanese hooks, Hooks for fishing, best hooks for fishing,

Tidak ada masalah. Matakail Gamakatsu Nautilus Circle Hooks boleh mengatasinya.

Jika kamu sedang mencari matakail yang bagus, kuat, tajam, dan berkualiti tinggi; cubalah matakail Gamakatsu Nautilus Circle Hook. Ia memang matakail yang amat bagus sekali. Harga agak tinggi tetapi memang berbaloi.

Klik disini untuk kembali ke Isu 66

Kembali ke isu-isu Majalah Pemancing

Klik untuk ke laman Utama

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.