Selamat Datang ke Majalah Pemancing isu ke 72. Dalam isu ini kami memaparkan kekili terbaru Abu Garcia Revo X-Inshore, Abu Garcia Multi Tool, dan lain-lain lagi.
Kekili Abu Garcia Revo X-Inshore adalah satu kekili yang dibuat untuk memancing di air laut. Ia dibina khas untuk mengatasi kondisi-kondisi air laut yang masin.
Plier multi tool Abu Garcia Multi Tool pliers (JDM) adalah satu alat multi tool yang dibuat khas untuk para pemancing. Ia datang dengan peralatan yang diperlukan oleh para pemancing.
Joran Shakespeare Ugly Stik GX2 adalah satu joran yang panjangnya 3 kaki dan dibuat khas untuk memancing di kawasan yang berais. Apakah penggunaannya di Asia yang selalunya panas? Klik untuk mengetahui cerita selanjutnya.
Beg kalis air Abu Garcia Waterproof Shoulder Bag adalah satu beg yang senang dibawa untuk menyimpan barangan-barang memancing yang perlu disimpan di tempat yang kering (tidak boleh dibasahkan)
Baru-baru ini Abu Garcia tekah melancarkan kekili Abu Garcia Roxani Powershooter, satu kekili yang mengunakan dual brake (dua brek) yang memberi pelbagai kebolehan setting kepada para pemancing. Ia juga dapat memegang kuantiti tali yang lebih. Kekili Roxani memang banyak kehebatannya.
Kekili Penn memang sinonim dengan pancingan air laut dan juga kekuatan dan kebolehan menjatuhkan pahlawan-pahlawan bersisik yang kuat. Sekarang datang pula kekili Penn Titan.
Tali pancing memang teramat penting. Ia adalah konektor di antara ikan dan pemancing. Kami selalunya mengunakan tali pancing yang terbaik dalam apa jua trip memancing kami. Salah satu daripadanya adalah tali Berkley Fireline.
Here are fishing fashion products recently launched by Abu Garcia, Berkley and Fenwick.
Berkley baru-baru ini melancarkan kaca mata siri terbaru yang datang dengan lensa polarize yang dapat memotong silauan dan pantulan cahaya di permukaan air. Ini menolong para pemancing melihat ikan yang berada di bawah permukaan air dengan lebih senang.
Memancing bukan sekadar sukan sahaja. Memancing sudah menjadi satu gaya hidup yang sihat. Abu Garcia telah pun mengeluarkan topi yang menawan iaitu topi Abu Garcia Truckers Cap.
Pemancing dan sinaran matahari memang tiada pisahan kecuali pada waktu malam. Fenwick Trucker Cap dibuat untuk para pemancing untuk perlindungan dari cahaya matahari.
Selain dari memancing kami juga gemar melancong dan makan makanan yang sedap di tempat-tempat yang kami kunjungi. Artikel-artikel ini dikongsi daripada majalah Escapy Travel Magazine.
Restoran Batang Kali Bamboo Briyani menghidangkan masakan nasi briyani yang enak. Cara masakan ini datangnya dari India dimana pengusaha restoran ini telah pergi ke sana untuk belajar cara-cara memasak nasi briyani yang original.
Nasi lemak memanglah satu hidangan yang disukai ramai. Banyak tempat makan nasi lemak yang sedap-sedap belaka di Kuala Lumpur. Salah satu yang paling “top” adalah Nasi Lemak Saleha.
Salah satu kedai kopi yang membawa kembali perasaan nostalia adalah Ali, Ah Hock, dan Muthu Kopitiam yang menghidangkan makanan-makanan yang lazat dari tiga komuniti utama di Malaysia iaitu masakan Melayu, masakan Cina, dan masakan India.
Hotel Pacific Express Hotel Chinatown berada di lokasi yang baik. Ia berdekatan dengan Chinatown Kuala Lumpur, stesen bas, tempat-tempat makan, Pasar Sentral (Pasar Seni), dan lain-lain lagi.