Beza betul cara memancing layang ini dan pemancing-pemancing yang menceburi sukan memancing layang ini mesti mempelajari cara-cara balingan yang berbeza sekali. Berapa jauh umpan / fly boleh pergi tidak lagi bergantung kepada kekuatan membaling tetapi cara joran fly dikendalikan. Untuk pancingan dasar dan juga pancingan baitcasting, gerakan joran bergerak dalam satu arka. Manakala untuk pancing layang pula joran (tip joran) bergerak dalam satu garisan yang agak lurus. Dalam pancingan layang, cara balingan adalah dengan pergerakan joran yang lembut mengikut satu garisan dan tali pula bergerak dari depan ke belakang, ke depan, ke belakang, ke depan…. dan akan di lepaskan apabila sudah tali mencapai satu jarak yang dikehendaki di hadapan. Ini diikuti pula dengan pengedalian umpan / fly untuk mendapatkan satu aksi yang mirip makanan ikan yang sedang bergerak di atas permukaan atau di bawah permukaan air (terpulang kepada jenis umpan / fly yang digunakan).
Menceburi dunia pancingan layang memang mencabar dan memberi pengalaman memacing yang baru. Mempelajari sesuatu yang baru memanglah baik untuk kita semua tak kira umur, tetapi lebih baik jika kita boleh memancing didalam apajua teknik pancingan dari pancingan pole hingga ke pancingan layang. Bayangkanlah anda melawat kawan anda di New Zealand dan kawan anda menjemput anda pergi memancing di sungai-sungai yang indah dengan stok ikan yang bagus. Cara memancing disini pula semua pancingan layang dan anda tiada pilihan lain dan terpaksa memancing cara layang juga. Sama ada anda menikmati trip memancing tersebut terpulang kepada satu benda sahaja iaitu kebolehan anda memancing pancingan layang. Jika boleh, anda akan memiliki satu pengalaman yang baik sekali. Jika tidak tahu, kami akan hanya dapat duduk dan melihat kawan anda memancing.