Advertisement

Memancing layang adalah satu sukan memancing yang paling teknikal didalam dunia memancing. Memancing layang bersifat finesse. Ia adalah cara memancing yang digemari pemancing-pemancing di negara-negara barat seperti New Zealand (sebagai contoh). Jika anda di jemput memancing di New Zealand anda perlu boleh (serba-sedikit) memancing dengan mengunakan set memancing layang kerana itulah cara mereka memancing dan itulah peralatan memancing yang mereka guna.  

Fenwick, salah satu jenama memancing yang terkenal di Amerika Syarikat telah menubuhkan satu sekolah memancing layang iaitu Fenwick Fly Fishing School. Ia mengajar para pemancing disitu cara-cara memancing layang seperti teknik-teknik melayang, sains melayang, cara-cara mengikat fly, dan lain=lain lagi. Sekolah  Fenwick Fly Fishing School ini telah melahirkan banyak pemancing layangan di Amerika Syarikat.

ff8

Salah satu leaflet dari sekolah Fenwick Fly Fishing School and Bass Fishing School di Amerika Syarikat.

Masa Untuk Pemancing Malaysia Melayang

Memancing layang di Malaysia masih dalam tahap permulaan di mana kurang dari 1% pemancing di Malaysia menceburi aktiviti ini. Untuk mendorong lebih lagi para pemancing untuk menceburi akitiviti memancing layang, Syarikat Pure Fishing Malaysia akan memulakan sekolah memancing layangan Fenwick Fly Fishing School di Malaysia. Ini adalah satu peluang yang bagus untuk semua pemancing-pemancing di Malaysia untuk belajar dan bermula memancing fly.

ikutilah siri memancing layang di isu-isu yang akan datang.

ff6

Gambarajah kekili layangan dengan talinya.

ff3

Gambar yang menunjukkan cara memegang joran fly.

ff4

Kurikulum di Fenwick Fly Fishing School.

ff7

The curriculum at the Fenwick Fly Fishing School.

ff1

Topik-topik yang di ajar.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi sila hubungi: Pure Fishing Malaysia

Tel: +603 7832 3380

email: info@my.purefishing.com

Credit: Pure Fishing Malaysia

Click here to return to The Angler Issue 74

Click here to go to The Angler Magazine issues

Click here to go to the main page

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.