Memancing layang adalah satu sukan memancing yang paling teknikal didalam dunia memancing. Memancing layang bersifat finesse. Ia adalah cara memancing yang digemari pemancing-pemancing di negara-negara barat seperti New Zealand (sebagai contoh). Jika anda di jemput memancing di New Zealand anda perlu boleh (serba-sedikit) memancing dengan mengunakan set memancing layang kerana itulah cara mereka memancing dan itulah peralatan memancing yang mereka guna.
Fenwick, salah satu jenama memancing yang terkenal di Amerika Syarikat telah menubuhkan satu sekolah memancing layang iaitu Fenwick Fly Fishing School. Ia mengajar para pemancing disitu cara-cara memancing layang seperti teknik-teknik melayang, sains melayang, cara-cara mengikat fly, dan lain=lain lagi. Sekolah Fenwick Fly Fishing School ini telah melahirkan banyak pemancing layangan di Amerika Syarikat.