Perbezaan Barangan Memancing
Seperti pancing konvensional, barangan memancing layang juga terdiri daripada joran, mesin (atau kekili), tali, matakail, dll. Tetapi perbezaan di antara barang-barang memancing agak besar juga.
Salah satu perbezaan yang besar di antara joran pancing konvensional dan joran pancing layang adalah tempat tapak kelili di letakkan. Untuk joran memancing konvensional, tapak kelili joran di letak di depan pemegang belakang joran. Untuk joran memancing layang pula tapak kekili joran di letak di belakang joran (dan juga di belakang pemegang joran).
Kekili pancing layang dan pancing konvensional juga berbeza. Kekili pancing layang lebih menyerupai kekili bait casting yang bulat tetapi lebih nipis. Ia lebih menyerupai kekili pancing ikada. Saya pasti banyak di antara anda tak pernah mendengar cara memancing Ikada kerana cara memancing Ikada tidak diamalkan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, etc. Ia adalah salah satu cara memancing di Jepun. Balik ke kekili pancing layang… tidak seperti kekili memancing konvensional, kekili pancing layang menggunakan gelendung jenis ‘center pin’ atau pin tengah dan pengambilan semula tali (karauan) kebiasaannya adalah dengan nisbah 1:1.
Tali memancing yang digunakan juga berbeza. Para pemancing konvensional menggunakan tali utama (mainline) seperti tali sulam (braided), tali monofilament, dan juga tali fluorocarbon. Untuk pancing layang pula, tali yang digunakan adalah tali backing, tali fly, leader, dan tipper. Penggunaan tali backing adalah untuk menyokong larian ikan yang jauh (bukan seperti tali backing yang digunakan dengan kekili bait casting).
Tali fly pula adalah pemberat yang digunakan untuk membawa umpan bulu atau fly yang ringan ke kawasan air yang hendak di pancing. Tali fly juga biasanya agak cerah dan senang dilihat oleh para pemancing supaya pemancing tahu di mana umpannya. Ini penting kerana umpan bulu agak kecil dan sukar dilihat apabila ia berada di udara dan juga dengan latar belakang yang agak gelap seperti pokok-pokok, daun-daun, dll.
Tali leader pula di ikat di antara tali fly dan tali tippet. Tali leader (tali utama) yang digunakan agak panjang dan kebiasaannya sepanjang joran layang yang digunakan. Tali fly yang agak berat dan tebal senang dilihat oleh ikan. Dengan memberi satu jarak yang agak jauh di antara tali fly dan umpan bulu (fly) yang digunakan, tali leader yang sukar dilihat oleh ikan; ikan tidak akan mensyaki apa-apa yang tidak mengena.
Tali tippet adalah tali yang paling halus dan umpan fly diikat kepada tali tippet. Tali tippet adalah tali yang hampir tidak dapat dilihat oleh ikan. Sebab tali tippet digunakan adalah supaya ikan nampak umpan bulu (fly) dan tidak nampak tali. Ikan yang lapar akan mengambil umpan tanpa was-was.
Keluk Pembelajaran Yang Baru
Dengan perbezaan-perbezaan yang di tulis di atas, cara memancing layang beza sekali. Untuk mana-mana para pemancing yang hendak menceburi dalam aktivit memancing layang ini, dia perlu belajar dari permulaan dan ia adalah satu pembelajaran atau satu pengembaraan yang baru dan yang mengujakan. Ia adalah satu menambahan kemahiran yang akan mendorong anda ke arah menjadi seorang pemancing yang penuh atau complete. Ikutilah kami ke dalam dunia pancing layang.
Di dalam isu yang akan datang kami akan bercerita serba sedikit tentang cara-cara untuk memilih barangan memancing layang. Jumpa di isu yang akan datang.