Joran Penn Fierce Jig

Memperkenalkan

The Angler, the angler, the angler magazine, the angler asia, the asean angler, the angler pockezine, pockezine, Penn fishing, Penn Fierce Jig rod, Penn rods, Penn, Penn Fierce, Jigging rods, jig rods, Penn Fierce rod, Penn Fierce rod review, Penn Fierce Jig rod review

Advertisement

“Never take a knife to a gun fight…” Saya pasti anda pernah mendengar ungkapan Bahasa Inggeris ini. Maksudnya adalah untuk setiap perkara yang ingin dilakukan pastikan anda mempunyai alat yang betul. Contohnya anda ingin memburu Ikan Layaran, adakah and akan membawa joran pancing kolam ultralight? Anda boleh, tetapi jika Ikan Layaran menyambar umpan, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada joran, tali dan Ikan Layaran tersebut. Paling menyedihkan adalah Ikan Layaran tersebut berkemungkinan mati dililit tali anda yang putus. Jadi, untuk melawan gergasi, bawa sebuah senjata pembunuh gergasi dan bukan pen walaupun terdapat ungkapan “the pen is mightier than the sword”.

Jika and keluar ke laut dengan tujuan untuk bertarung dengan ikan yang kuat, anda memerlukan joran yang kuat dengan kuasa tulang belakang yang baik. Joran Penn Fierce Jig adalah satu joran yang anda boleh pertimbangkan.

The Angler, the angler, the angler magazine, the angler asia, the asean angler, the angler pockezine, pockezine, Penn fishing, Penn Fierce Jig rod, Penn rods, Penn, Penn Fierce, Jigging rods, jig rods, Penn Fierce rod, Penn Fierce rod review, Penn Fierce Jig rod review

Balutan gentian karbon (carbon fibre) pada batang joran Penn Fierce Jig.

Joran Yang Cantik

Joran Penn Fierce Jig datang dengan warna hitam dan dua jenis warna merah. Yang pertama adalah warna pastel yang lebih suram iaitu warna merah tua dan yang kedua adalah warna merah metalik seperti gula-gula. Warna-warna ini kelihatan baik pada warna dasar hitam matte. Selain warna, joran ini kelihatan bagus dengan pemegang EVA tirus yang diakhiri dengan penutup hujung EVA yang memberikan cengkaman dan sokongan tambahan.

Tulang Joran Yang Kuat

Joran Penn Fierce Jig mempunyai blank kuat dengan daya serapan tenaga yang baik di hujung joran untuk menghadapi ledakan tenaga apabila ikan menyambar jig anda. Joran ini juga mempunyai kekuatan tulang belakang yang tinggi untuk mengawal ikan yang kuat melawan dan memberikan kelebihan dalam pertarungan untuk anda.

The Angler, the angler, the angler magazine, the angler asia, the asean angler, the angler pockezine, pockezine, Penn fishing, Penn Fierce Jig rod, Penn rods, Penn, Penn Fierce, Jigging rods, jig rods, Penn Fierce rod, Penn Fierce rod review, Penn Fierce Jig rod review

Tapak kekili Fuji yang berkualiti tinggi.

Komponen Berkualiti Tinggi

Berkenaan komponen, Joran Penn Fierce Jig mempunyai cincin joran berkualiti tinggi Fuji dan tapak kekili Fuji yang memberikan jarak balingan baik, mengurangkan kerosakan pada tali daripada haba yang berpunca dari geseran, dan mencengkam kekili dengan kukuh ketika pertarungan dengan ikan-ikan yang kuat.

The Angler, the angler, the angler magazine, the angler asia, the asean angler, the angler pockezine, pockezine, Penn fishing, Penn Fierce Jig rod, Penn rods, Penn, Penn Fierce, Jigging rods, jig rods, Penn Fierce rod, Penn Fierce rod review, Penn Fierce Jig rod review

Guide Fuji berkualiti tinggi.

Kesimpulan

Jika anda mencari joran jigging untuk menghadapi ikan-ikan kuat di laut, Joran Penn Fierce Jig adalah joran yang baik untuk dipertimbangan. Ia kuat, mempunyai tenaga tulang belakang yang banyak, dan direka untuk menghadapi tekanan tinggi dari larian ikan yang kuat. Dan, joran ini juga kelihatan bagus.

Advertisement

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.