Cara Memilih Barangan Memancing Untuk Seorang Yang Baru Menceburi Dunia Pancing Layang
Bila kami belajar memancing ada beberapa jenis barangan memancing yang boleh menyenangkan proses pembelajaran kami. Barangan-barangan sebegini penting kerana ia tidak akan membebankan proses mendapat ilmu atau teknik memancing yang baru. Kadang-kadang, dengan menggunakan barangan yang di idamkana, proses mempelajari teknik-teknik memancing baru menjadi susah. Mungkin kerana barangan-barangan yang kami idamkan itu dengan senangnya boleh digunakan dengan berkesan oleh pemancing-pemancing yang kami anggap sebagai pro atau otai. Tetapi harus diingati bahawa mereka telah banyak meluangkan masa untuk mempelajari teknik memancing mereka dan dah pun mahir menggunakan barangan-barangan memancing tersebut. Tak akan lah nak belajar memandu dengan menggunakan kereta Ferrari kan? Di dalam artikel ini kami mencadangkan beberapa barangan memancing yang dapat menyenangkan proses mempelajari memancing layang.
Banyak kekili yang boleh digunakan untuk belajar membaling umpan bulu. Ada yang mahal dan ada yang murah.
Joran Memancing Layang
Joran layang datang dalam beberapa tingkat keberatan dan juga ketinggian Apabila kami belajar membaling umpan bulu (fly), dapatkan lah joran yang paling senang untuk dikendalikan. Untuk seseorang yang baru mempelajari teknik memancing ini; joran aksi mid action dengan ketinggian 8 atau 9 kaki adalah joran yang sesuai. Ia adalah spec joran yang senang dikendalikan. Tip joran sebegini dapat membaling umpan bulu dengan senang jika dibandingkan dengan joran-joran yang mempunyai aksi yang lebih laju (fast action rod).
Joran pancing layang yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan; Fenwick Night Hawk.
Pemancing tersebut juga akan dapat merasa aksi joran dan ini penting kerana dari situ pemancing layang dapat menentukan apa yang perlu dia buat seterusnya. Joran grafit aksi mid action yang berkualiti adalah lebih sensitif dan dapat “berkomunikasi” dengan lebih baik dengan pemancing tersebut. Di Malaysia, joran layang weight 6 adalah joran yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan anda kedalam dunia memancing layang kerana ia adalah joran yang senang dikendalikan dan juga boleh digunakan untuk memancing ikan-ikan yang terdapat di dalam kolam-kolam dan juga sungai-sungai kita.
Set kombo joran Fenwick Nighthawk dan kekili layang Pflueger.
Tali Pancing Layang
Tali pancing layang ditentukan dengan gelaran weight atau berat, kerana dalam pancing layang, ia adalah berat tali yang menggerakan umpan bulu (fly) ke tempat yang diingini. Dengan kebiasaannya, berat tali dipadankan dengan berat joran. ini bermakna jika anda menggunakan joran layang weight 6, kamu diskyorkan menggunakan tali weight 6 juga. Ini bukanlah satu peraturan tetapi hanya satu cadangan yang boleh mempercepatkan pembelajaran anda.
Tali di dalam kekili fly.
Kekili Memancing Layang
Di dalam dunia memancing layang kekili dikatakan hanya diggunakan untuk memegang tali sahaja… tetapi adakah itu benar? Jika ia adalah benar, kenapa terdapat banyak sangat kekili-kekili memancing layang yang datang dalam pelbagai segment harga, kualiti, dan spesifikasi? Kepada saya, kekili bukan sekadar alat pemegang tali. Ia juga digunakan untuk melemahkan ikan bila anda sedang bertarung dengannya. Oleh itu kami selalu mencadangkan para pembaca kami untuk mendapatkan kekili yang berkualiti walaupun anda baru hendak belajar menggunakannya (terpulang kepada bajet juga).
Buat masa ini kami jangan terfokus sangat terhadap harga, jenama, dll. Fikirkanlah kekili sebagai alat pegang tali sahaja. Yang pentingnya, kekili tersebut mampu memegang kesemua tali layang, tali utama, tali leader, dan juga tali tippet di dalamnya. Jika anda ingin menggunakan peralatan pancing layang weight 6; kekili anda sepatutnya boleh menampung tali kelas 5 hingga kelas 7. Ini juga akan mengesyorkan yang anda boleh memancing setup anda dengan tali yang mencukupi.
Kekili memancing layang yang baik untuk belajar membaling fly.
Untuk belajar membaling umpan bulu atau fly, kami tidah mengesyorkan anda menggunakan umpan bulu yang mempunyai matakail. Matakail boleh di potong supaya ia selamat di gunakan sebagai satu alat untuk belajar membaling. Gunakanlah umpan bulu yang senang dilihat walaupun ia jauh dari tempat anda berdiri.
Nampak macam lalat yang benar tetapi ia tidak.
Tahu juga bahawa ia bukanlah berat umpan bulu yang menentukan jarak balingan tetapi berat tali fly. Ini bermakna jarak umpan anda boleh sampai terpulang lebih kepada berat tali fly yang digunakan dan bukan seperti cara memancing yang lain. Ini adalah salah satu set minda yang perlu dibaharui.
Membaling umpan fly.
Itulah dia beberapa barangan menacing layang yang boleh menolong anda belajar memancing layang dengan lebih senang. Kami akan belajar cara-cara memasang dan menyediakan set pancing layang anda untuk belajar membaling umpan bulu di isu bulan depan.