Tali Fly
Tali seterusnya yang perlu anda menggunakan adalah tali fly yang perlu anda sambungkan kepada tali backing anda. Anda boleh menggunakan ikatan Albirght. Tali fly adalah amat penting kerana ia adalah tali yang akan membawa umpan fly anda ke kawasan air yang hendak anda pancing. Tali fly juga merupakan tali yang paling berat didalam kekili anda. Sebagai panduan kasar; jumlah tali fly adalah sebanyak 75%-80% gelendung kekili anda.
Tali Leader
Tali seterusnya adalah tali leader anda. Terdapat tali leader yang di buat khas untuk pancing layang. Ini adalah tali leader fly. Ia adalah sejenis tali leader yang menjadi lebih nipis di satu bahagian. Tapi, buat masa ini, tali leader monofilament yang biasa sudah mencukupi untuk belajar memancing layang. Tidak perlu lah membeli leader fly.
Sambungkan tali leader sepanjang lebih kurang 7 kaki ke tali fly. Anda boleh menggunakan ikata Albright untuk menyambung kedua-dua tali terselbut.
Tali Tippet
Tali seterusnya adalah tali tippet. Perlukah anda menggunakan tali tippet buat masa ini? Tali tippet adalah tali yang paling halus di antara empat tali yang di gunakan dalam pancingan layang. Tali tippet di gunakan apabila memancing dengan umpan fly kerana ia amat halus dan sukar di lihat oleh ikan.
Kerana tali tippet adalah satu tali yang halus, ia akan mengalami kerosakan dalam masa yang singkat. Anda perlu memotong tali tippet yang dah rosak apabila anda memancing. Tetapi buat masa ini, anda tidak perlu menggunkan tali tippet. Anda boleh menggunakan tali monofilament yang halus sepanjang satu kaki, di tempat tali tippet.