Memancing Di Muara Kuala Trong

Oleh Amirul Irfan

Bila diperkatakan mengenai pemancingan muara sungai di Semenanjung Malaysia, Kuala Trong mesti saya kunjungi selagi masih berupaya. Kuala Trong terkenal dengan sistem paya bakau yang menjadi habitat semulajadi spesis-spesis ikan pemangsa seperti ikan siakap dan siakap merah. Pada bulan April yang lepas saya telah mengatur satu pengembaraan sehari ke sana walaupun menghadapi beberapa kesulitan semasa perancangan. Keadaan tidak mengizinkan telah menundakannya kepada 24hb April, di mana keadaan arus dikatakan paling sesuai.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Kuala Trong (K. Terong) tak jauh dari exit Changkat Jering.

Rakan pengembaraan adalah Hafiz dan Alif, dan kami telah memandu selama 4 jam dari Batang Kali. Jeti di mana bot-bot bertolak keluar dari Kuala Trong amat mudah untuk dijumpai. Cari Pejabat Renjer Hutan Kuala Trong di Peta Google dan jeti tersebut akan berada di hujung jalan. Kami sampai pada pukul 4 pagi dan telah lelap sebentar di beberapa kerusi dan sofa yang terdapat di jeti tersebut. Hujan turun dengan lebat tetapi reda menjelang subuh. Sebuah gerai berdekatan dibuka dengan beberapa jenis hidangan sarapan pagi. Sambil makan sarapan, kami berjumpa pemandu pancing iaitu Aizam dan juga beberapa orang pemancing dan pemandu pancing yang lain.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Tempat makan yang menjual makanan yang sedap-sedap belaka.

Menjelang pukul 8 pagi kami telah menaiki bot berenjin 15hp. Bot tersebut lebih kurang 19 kaki panjang dan amat selesa serta stabil untuk membuat balingan. Semasa memuatkan barangan ke dalam bot, pemandu-pemandu pancing agak terkejut dengan keadaan perairan yang sepatutnya amat sesuai. Tetapi ia lebih keruh dan lebih tinggi daripada kebiasaan dan akan meningkatkan cabaran memancing kami. Kami telah meneruskannya dan bertekad untuk bekerja keras dalam buruan untuk ikan-ikan pemangsa Kuala Trong.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Bersedia untuk bergerak.

Selepas kami berlepas, hujan kembali walaupun tidak selebat sebelum subuh. Kami telah bergegas ke persimpangan sungai dalam 15 minit di mana pemandu pancing kami iaitu Aizam memantau keadaan sekeliling. Aizam memberitahu bahawa arus amat pantas dan perairan bukan pada keadaan yang terbaik, tetapi terdapat peluang baik jika kami meneruskannya. Arus yang pantas telah menghanyutkan gewang-gewang semasa kami mula memancing di kawasan dipenuhi pokok-pokok yang tumbang di seksyen utama sungai tersebut.

          

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Hanya 15 minit sahaja untuk ke tapak memancing pertama.

Oleh kerana perairan yang bergelora Aizam membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada seksyen yang lebih kecil sungai tersebut supaya dapat mengelak daripada angin dan arus-arus pantas. Kesemua lokasi yang kami pancing hanya sejauh beberapa minit di antara setiap satu, oleh itu masa tidak dibazirkan untuk perjalanan di antara lokasi-lokasi.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Berpindah ke lubuk lain.

Dalam kawasan yang lebih kecil, keadaannya agak memberangsangkan. Walau bagaimanapun, arus sungai masih pantas dan nasib kami tidak baik dengan ikan siakap merah atau siakap. Oleh kerana tiada aksi yang disaksikan, kami mengalih perhatian kepada sekumpulan ikan bulan (tarpon) yang berada di lokasi kami. Kami dapat melihat lebih daripada 10 kumpulan ikan tersebut tetapi agak mencabar untuk membuat mereka menyambar gewang kami.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Nampak macam ada ikan bersembunyi disini.

Akhirnya umpan minnow kecil Alif telah disambar oleh seekor ikan bulan selepas berbagai jenis gewang dicuba. Ikan pertama pengembaraan ini! Rahsianya adalah untuk membenarkan gewang minnow kecil tersebut hanyut bersama arus daripada kawasan berstruktur ke arah lokasi ikan-ikan bulan yang sedang menunggu.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Alif dengan ikan bulannya.

Selepas menyaksikan teknik yang Alif gunakan, saya menukar kepada peralatan finesse dan selepas beberapa kegagalan, saya telah berjaya menangkap ikan pertama saya di Trong. ORCraft Baby code digandingkan dengan mata kail treble Ichikawa Kamakiri telah menjadi pilihan yang bagus. Sebaik sahaja Baby Code menghampiri kawasan berstruktur, sekumpulan ikan bulan telah meluru kepadanya dan ikan malang ini telah tercangkuk, dinaikkan dan dilepaskan. Sasaran kami yang berterusan untuk ikan bulan telah menjadi hambar bila sukar untuk mendapat sebarang gigitan daripada mereka, dan untuk mereka yang berjaya dicangkuk telah melihatnya terlepas dengan gaya akrobatik klasik mereka.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Ikan bulan yang mengambil gewang ORCraft Baby Code.

Aksi ikan-ikan bulan semakin leka menjelang tengahari, oleh itu kami membenarkan bot hanyut ke muara sungai sambil melakukan beberapa balingan sebelum makan tengahari. Saya berjaya mencangkuk seekor ikan siakap merah dengan Ripple Shad 3” tetapi malangnya ia terlepas. Selepas makan, kami bersauh di satu selekoh sungai yang nampaknya tidak berstruktur. Terasa ada yang tidak betul, kerana kebiasaan memancing untuk ikan siakap merah adalah dengan meletakkan gewang berhampirani kawasan berstruktur untuk merangsang mereka keluar. Aizam menerangkan tentang satu lubuk berdekatan selekoh tersebut, di mana ikan siakap yang besar menjadikannya habitat. Kami mulakan pemancingan dengan berbagai jenis gewang daripada topwater hinggakan minnow di lubuk tersebut dengan harapan untuk merangsang gigitan.

9

Kawasan ikan siakap bersembunyi.

Sambil memancing dengan topwater pensil saya, berlaku satu pergolakan di permukaan air di belakangnya dengan bunyi ‘boof’ – isyarat kehadiran seekor ikan siakap yang besar. Saya sangkakan ia telah terlepas, tetapi tiba-tiba Hafiz melaungkan bahawa cangkukannya berjaya dan ini diikuti oleh joran dan drag yang dipenuhi tekanan. Ikan tersebut cuba melarikan diri ke hulu sungai sebelum menuju ke arah bot kami bertujuan untuk tali pancing bergesel dengan tali sauh bot. Terdapat 2 lagi bot yang bersauh di sebelah kami, dan Hafiz telah bertungkus-lumus menghalang ikan itu daripada menghampiri tali sauh bot-bot tersebut. Aizam memberitahu bahawa terdapat juga masa di mana sehingga 5 bot yang bersauh di sana, dan semua pemancing berpeluang untuk menangkap ikan siakap yang besar.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Hafiz sedang bertarung dengan seekor ikan siakap yang besar.

Masa itu adalah kali pertama Hafiz bertarung dengan ikan siakap liar, dan ikan tersebut tidak memberikannya peluang. Selama 10 minit Hafiz terpaksa menangani setiap larian. Bunyi tali yang ditarik keluar daripada kekilinya amat menyeronokkan. Akhirnya ikan pemangsa tersebut berada di permukaan air tetapi menaikkannya sukar kerana ia asyik menyelam. Aizam berjaya menangkapnya dengan tangan untuk menamatkan pertarungan pertama Hafiz dengan ikan siakap liar.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Boleh tahan jugak ikan siakap ini.

Sebaik sahaja ikan dinaikkan, kami semua teruja. Gaya yang agak menarik untuk tangkapan pertama. Pemangsa 7kg ini dirangsang oleh gewang minnow 130mm Hafiz yang telah dibeli dari seorang pemandu pancing sebelum sarapan. Ikan siakap ini merupakan tangkapan Hafiz yang terhebat seumur hidupnya.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Ikan siakap yang cantik.

Aizam telah membuka kotak pancingnya dan memaparkan koleksi gewang utama untuk menangkap ikan siakap yang besar di Kuala Trong. Minnow 100-130mm adalah kebiasaan untuk pemancingan di Trong, kerana mereka seiras ikan todak (needlefish) dan ikan jolong (halfbeak) iaitu mangsa ikan siakap. Gewang besar, ikan besar ? Teknik utama pemancingan menggunakan minnow ini adalah dengan mengarau secara mantap diikuti dengan satu atau dua sentakan dan berhenti seketika. Begitulah Hafiz mengalahkan lawannya. Gaya karauan berlainan boleh digunakan berasaskan gaya ikan yang berbeza. Bila ikan mula menggigit, kekalkan teknik yang digunakan.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Gewang-gewang Aizam.

Kami terus memancing tetapi kerap tersangkut pada bakau dan pokok yang tumbang tanpa aksi pertarungan walaupun pelbagai jenis gewang seperti umpan plastik dan crankbait digunakan. Kebanyakan kawasan di Kuala Trong cetek, oleh itu gewang selam akan mengalami kesukaran bila tersangkut. Bila air surut, Aizam membuat keputusan untuk menamatkan sesi pancing kami. Walaupun agak mencabar, tetapi dengan usaha yang tekun kami telah berjaya menangkap seekor ikan siakap yang besar. Hasil dari bot-bot lain yang keluar pada hari itu tidak bagus oleh itu kami amat gembira dengan sesi kami.

fishing in Malaysia, where to fish in malaysia, Malaysia fishing, Kuala Trong fishing, Kuala Trong, outdoors Malaysia, what to do in Malaysia, fish, estuary fishing in Malaysia, Kuala Trong estuary, The Angler Magazine, Magazine, fishing magazines, fishing magazines in Malaysia, Malaysia fishing magazines,

Mencari beberapa lubuk-lubuk ikan sebelum kembali ke jeti.

Kami agak puas dengan keputusan pada hari pertama ke Kuala Trong. Bila sampai di jeti, Aizam memberitahu bahawa keadaan perairan yang berubah secara tiba-tiba mungkin disebabkan oleh hujan lebat dan aktiviti pembangunan kolam di sungai tersebut. Sepertimana hari memancing yang biasa, tiada apa yang dapat anda kawal. Anda hanya mampu menyesuaikan diri dan melakukan yang terbaik dengan apa yang ada. Kuala Trong telah menawarkan sebahagian daripada keistimewaannya, dan ia adalah dorongan untuk kembali sekali lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tessy Lowe dari Pure Fishing Malaysia kerana telah berkongsi informasi yang merangsangkan sesi memancing ini.

Jika anda berminat untuk mengejar ikan siakap dan ikan bulan di Kuala Trong, sila hubungi :

Pemandu Pancing;-

Bard – 012-5076585

Aizam Aziz – 017-6764295

Harga sewaan sebuah bot adalah di antara RM300-RM350 bergantung kepada saiz enjin (15 & 30hp) dan harga ini termasuk khidmat seorang pemandu bot. Bot yang kami gunakan boleh dinaiki oleh 3 orang pemancing dan seorang pemandu bot. Jaket-jaket keselamatan amat penting tetapi jika anda ingin memakainya semasa berada di Kuala Trong, tolong bawa jaket sendiri.

15

Akhirnya ekspidisi memancing kami.

Peta Google untuk ke jeti Kuala Trong

Klik sini untuk kembali ke Isu 65

Klik sini untuk kembali ke isu-isu Majalah Pemancing

Klik sini untuk kembali ke mukasurat utama.

Langganilah Hari Ini

Jangan Ketinggalan Isu-Isu Terbaru Lagi

Hubungilah Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini