Cara Memancing Dengan Streamer
Saya tidak akan memasuki bab casting di sini kerana cara membaling fly streamer ini adalah sama seperti cara membaling fly-fly yang lain. Apa yang saya akan membincangkan adalah teknik mengendalikan fly streamer ini.
Lebih kurang sama dengan pancingan umpan lembut; streamer boleh di pancing dengan teknik teknik seperti berikut. Tarik, henti, tarik, henti, tarik, henti. Boleh juga mengunakan teknik tarik, tarik, henti. Tarik, tarik, henti. Terik, tarik, henti. Anda juga boleh tarik, tarik, tarik, henti sehingga fly streamer yang anda gunakan kembali. Cara pengendalian fly streamer lebih kurang sama dengan cara-cara pengendalian umpan lembut dan gewang plastik.
Teknik yang biasa digunakan pemancing-pemancing umpan lembut adalah membaling umpan ke dalam sungai dan membiarkannya mengikut aliran sungai ke bawah sebelum umpan lembut yang digunakan di karau kembali. Teknik ini juga boleh digunakan dengan fly streamer.
Di Manakah Kami Boleh Memancing Dengan Fly Streamer?
Fly streamer boleh dipancing di sungai, kolam, tasik, dan juga laut. Streamer juga boleh di pancing di air yang agak keruh. Seperti gewang plastik, fly streamer di ambil ikan kerana ia menyerupai sesuatu yang biasa di makan oleh ikan itu, dan juga kerana reaksi. Dari artikal ini para pemancing umpan lembut dan gewang plastik pasti mendapat idea-idea cara mengunakan fly treamer.
Dalam artikel ini anda pasti dapat melihat persamaan (cara memancing / memain) diantara umpan lembut, gewang plastik, dengan fly jenis streamer. Jika anda baru berjinak-jinak nak belajar memancing layang, bermula lah dengan fly streamer. Ia boleh dipancing di bawah permukaan air dan juga di permukaan air. Dalam isu yang akan datang kami akan melihat cara mempersembahkan fly anda kepada ikan. Selamat memancing.