Penn Pursuit III
Kekili Spinning
Bila kami berbahas tentang kekili Penn apa yang difikirkan sebagai sesuatu mesin yang dibina kuat, kukuh, dan berprestasi tinggi. Ia juga meberikan imej sasuatu mesin yang dibuat untuk menjatuhkan ikan-ikan gergasi dan bukan untuk menari dengan ikan-ikan tersebut. Kekili-kekili Penn dibuat khas untuk memenangi pertaruhan sahaja dan bukan pertandingan kecantikan.
Penn Pursuit III terbaru
Dibina Untuk Bertarung
Para pemancing yang menguna kekili-kekili Penn tahu apa yang sedang saya katakan. Kekili-kekili Penn ada dibina untuk bertarung. Mereka dibina untuk berperang. Jika dibandingkan dengan kereta, Kekili Penn seakan-akan kereta SUV Hummer yang kuat dan pernah pada satu masa dahulu, membina kenderaan untuk tentera Amerika.
Penn Pursuit III datang dengan badan grafit yang ringan dan berwarna hitam yang kukuh dan kuat. Ia rasa seakan-akan dibuat dengan logam tetapi sebenarny ia adalah grafit. Bukan grafit yang biasa tetapi grafit yang kuat dan tahan karat.
Gaya yang amat menarik.
Drag Yang Kuat Dan Licin
Drag pada kekili Penn Pursuit III memang berprestasi tinggi. Ia adalah satu sistem drag yang licin dan tidak melekat. Ia juga mampu memberi tekanan yang kuat kepada ikan yang cuba melarikan diri. Ia adalah satu sistem drag yang dah lama terbukti berkesan; sistem drag karbon HT-100™.
Gelendung superline.
Patutkah Anda Mendapatkan Kekili Penn Pursuit III
Jika anda sedang mencari satu kekili yang boleh menewaskan ikan-ikan yang kuat bertarung tetapi tidak mampu membeli kekili yang harganya didalam lingkungan beribu-ribu ringgit, Penn Pursuit III adalah kekili anda.
Kelajuan yang mencukupi.
Ciri-Ciri
Sistem drag HT-100™ carbon fiber drag
4+1 galas keluli tahan karat
Gelendung Superline
Garisan kapasiti
Saiz: 2500, 3000, 4000, 5000, 6000, 8000
Contact us
For more information or should your have enquiries, do drop us an email.