Pancingan kolam telah menjadi alternatif buat kebanyakkan pemancing Malaysia semenjak pancingan rekreasi wujud. Sama ada ia disebabkan perubahan musim atau kekangan masa, halangan untuk memancing di tasik, sungai atau laut telah lama menjadi sebab pemancing datang ke kolam bayar (kolam pancing komersial). Kesan daripada ini adalah ikan, terutamanya di kolam tangkap dan lepas menjadi lebih bijak dari hari ke hari. Oleh itu, apabila pancingan menjadi sukar dan gewang tradisional seperti pencil, minnow, crankbait dan umpan plastik lembut tidak menjadi, tiba masa untuk mengeluarkan gewang pelik dan tidak konvensional dan ubah pancingan anda.
Saya baru sahaja memulakan pengajian ijazah Perubatan Veterinar yang bermakna masa saya untuk memancing menjadi terhad. Apabila sebuah kelas dibatalkan, saya mengambil peluang tersebut untuk memancing bersama pemancing yang baru mula belajar; Nurul. Dia tidak pernah memegang joran sebelum ini. Disebabkan dia merupakan pemancing baru, saya memikirkan tempat terbaik untuk belajar memancing adalah di Jugra.
Kami tiba di salah satu kolam bayar di Jugra sekitar 7am dan terus mula memancing. Kami bermula dengan umpan plastik lembut berserta jighead yang dikarau secara terus tetapi tidak mendapat sebarang sambaran. Kami mencuba beberapa jenis karauan seperti melompat dan menyeret umpan di dasar tapi masih gagal. Kemudian saya teringat trip lepas bersama rakan lama dan rakan pancing Amirul Irfan. Pada waktu itu kami menggunakan gewang swimbait untuk memujuk ikan. Saya tersedar bahawa ikan-ikan di sini telah melihat gewang-gewang yang sama melintas di atas kepala mereka setiap hari. Dengan itu, saya memutuskan bahawa lebih baik jika kami mencuba gewang yang berkemungkinan tidak pernah dilihat oleh ikan disini iaitu jointed swimbait. Saya memberikan Nurul gewang Jackall Baby Giron dan saya menggunakan Jackall Giron yang lebih besar.
Sambaran datang serta merta. Sebaik sahaja menyentuh air, gewang-gewang kami disambar Siakap. Ironinya Nurul lebih berjaya daripada saya. Saya beranggapan ia adalah kerana gewangnya mempunyai profil lebih kecil ataupun ia nasib pemula (atau secara rahsianya dia merupakan pemancing pakar yang berlakon sebagai pemula). Dia berjaya mendaratkan 2-3 ekor Siakap sebelum saya mendapat gigitan dengan swimbait Giron saya yang lebih besar. Kami berseronok mendaratkan ikan demi ikan dan melepaskan mereka sehingga hampir ke tengah hari dan gigitan mula berkurang. Pada waktu itu kami memutusan untuk pulang dan merancang untuk kembali pada minggu seterusnya.