Memancing Toman di Kedah, Malaysia

Zon Aksi

Oleh Isaac Kuek
fishing in Malaysia, toman fishing, where to fish in Malaysia, fishing in Kedah, where to fish in Kedah, recommended places to fish in Malaysia, recommended places to fish in Kedah, recommended places to fish, places to fish

Advertisement

Walaupun memancing toman boleh dianggap sebagai perkara biasa untuk kebanyakan pemancing Malaysia, ia biasanya dilakukan di tasik atau empangan. Sg Kedah menarik minat saya pada 2017 semasa ia semakin dikenali. Dengan banyak gambar ‘mama’ toman yang beredar di Facebook, ia masuk ke dalam senarai rancangan saya, bukan hanya kerana hasil pancing yang baik, tetapi juga kerana keunikan perairan ini. Pemandangan yang unik di Sg kedah terdiri daripada halaman belakang rumah, lebuh raya, pusat bandar dan juga istana kerajaan Kedah. Walau bagaimanapun, tempoh pemanduan selama 5.5 jam dari Kuala Lumpur ke Kedah telah menghalang saya daripada pergi. Ini adalah sehingga panggilan baru-baru ini dengan Danny yang merupakan orang tempatan Kedah, memaklumkan kepada saya bahawa kumpulan baru anak toman telah dikesan dan tibalah masa utama untuk mencuba pancingan toman sungai.

Trip memancing ini dirancang dengan teruk. Perjalanan ke Kedah yang biasanya mengambil 5.5 jam akhirnya menjadi 8.5 jam kerana kesilapan kami pergi pada malam Hari Raya Haji. Kami tiba di Kedah pada jam 10.30 pagi dan terus bersarapan pagi sebelum menaiki bot. Untuk dua jam pertama, cuaca cukup sempurna, memberikan kami banyak masa untuk menikmati persekitaran Sungai Kedah. Sungai itu sendiri agak kotor, kerana pembuangan sampah dan air sisa terus ke dalam sungai. Di sepanjang sungai, beg plastik penuh sampah bersama-sama dengan botol kosong menambah ke struktur tebal yang terletak sepanjang tebing. Dengan banyak pokok tenggelam dan dahan pokok yang tergantung di atas kepala, joran yang lebih pendek adalah lebih sesuai untuk membuat balingan yang tepat di bawah pokok ke arah struktur. Berbanding dengan tempat-tempat lain, kumpulan anak toman cenderung berlegar dekat dengan struktur dan bukannya di kawasan air terbuka. Kumpulan anak toman memilih perlindungan yang diberikan dahan pokok yang jatuh dan ini menjadikannya sangat sukar bagi kami untuk meletakkan gewang di tempat yang betul.

fishing in Malaysia, toman fishing, where to fish in Malaysia, fishing in Kedah, where to fish in Kedah, recommended places to fish in Malaysia, recommended places to fish in Kedah, recommended places to fish, places to fish

Toman; ikan yang kuat berlawan.

Semasa kami memancing, cuaca berubah menjadi sangat teruk. Memanggilnya ribut petir tidak tepat, kerana ia adalah sisa taufan dari malam sebelum yang telah merobohkan rumah dan pokok-pokok. Kami berlindung di bawah jambatan, sebelum keputusan bodoh dibuat untuk keluar dan terus memancing di dalam ribut petir tersebut. Hujan dan arus air yang laju menyebabkan sukar untuk mengesan kumpulan anak toman, maka kami beralih untuk mensasarkan toman bujang dengan membaling buzzbait ke kawasan struktur dengan harapan mendapat sebuah sambaran. Tiba-tiba, tekong bot rakan saya, Jared dan Joel berjaya mengesan sekumpulan anak toman di dalam pepohonan dan mencadangkan mereka untuk mencuba memujuk induknya. Oleh kerana jaraknya sangat dekat, balingan tidak dapat dilakukan dan mereka hanya menjatuhkan dan mengunjun spinnerbait dan gewang jenis “vibration” dalam kumpulan anak tersebut.

Gewang “vibration” Jared tiba-tiba dihenjut ke bawah dan pertarungan bermula. Ikan tersebut didaratkan dalam hanya beberapa saat dengan drag kekilinya dikunci rapat dan joran KOZ Expedition memaksa ikan tersebut untuk timbul, sekaligus menjadi ikan pertama yang didaratkan bagi trip ini. Saya dan Danny pula masih melaksanakan balingan sambil menggigil di dalam hujan. Langit semakin gelap dan kami perlahan-lahan menuju kembali ke jeti. Walau bagaimanapun, saya bernasib baik apabila seekor toman bujang berskala 10lb menyambar buzzbait saya tidak jauh dari jeti. Dengan pokok tumbang di sekitar bot, drag Revo Rocket dikunci rapat untuk menewaskan toman tersebut. Walaupun ramai pemancing menyatakan toman sungai bertarung dengan lebih kuat, saya dan Jared bersetuju bahawa kami tidak merasakan banyak perbezaan apabila dibandingkan dengan pertarungan toman di tasik.

 

Kesimpulannya, saya percaya Sungai Kedah menyimpan potensi untuk pancingan toman yang sangat unik. Kekuatan pertarungan toman disini dibandingkan dengan toman di empangan boleh dibincangkan kerana kemungkinan jawapannya terletak pada kawasan sempit dan “heavy cover” yang memberikan pemancing peluang merasakan tenaga sebenar toman apabila menggunakan drag yang dikunci. Walau bagaimanapun, pemancing perlu melaksanakan tanggungjawab iaitu memastikan ikan selamat dilepaskan bagi memelihara perairan ini. Dengan berita merisaukan dari tekong-tekong disini tentang penangkapan induk toman oleh penduduk tempatan untuk dimakan, saya terfikir berapa lama lagi pancingan unik di perairan ini dapat bertahan. Kita semua perlu mencubanya sementara ia masih ada.

Advertisement

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.