Perjalanan Ke Dalam Dunia Memancing Fly Bahagian 5: Penyempurnaan

Skill Enhancer

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Berkley fishing, fly fishing, casting a fly, fly casting, fishing tips, how to cast flies, fly cast, casting flies, how to fly fish,

Advertisement

Dalam isu terakhir kita telah melihat cara untuk membaling; perkara yang paling asas untuk orang yang baru menceburi pancing layang. Kali ini kita akan melihat penyempurnaan asas. Saya percaya bahawa adalah sangat penting bagi anda untuk mendapatkan asas yang betul sebelum bergerak ke hadapan. Sebabnya adalah untuk memastikan bahawa anda tidak mengambil tabiat buruk yang kemudiannya menjadi sukar untuk diperbaiki. Lagipun, saya pasti anda mahu balingan yang baik sepanjang masa dan bukan balingan yang baik pada sesetengah masa sahaja.

Gelung Kecil

Selain berlatih pergerakan anda, satu perkara yang perlu dilihat atau diperhatikan ialah saiz gelung yang dibuat oleh tali fly anda. Kebanyakan pemula akan membuat gelung yang agak besar dan ia adalah ok terutamanya apabila seseorang hanya mempelajari pergerakannya. Tetapi untuk membaling dengan baik adalah lebih bagus untuk cuba mengurangkan saiz gelung.

Kita mendapat gelung yang lebih besar kerana tempoh masa dan sudut pergerakan tangan kita (biasanya dilakukan tanpa sedar). Terdapat dua perkara di sini yang saya mahu anda beri perhatian.

Pertama, pembukaan tali fly. Tempoh masa di sini adalah penting. Tunggu tali untuk terbuka sepenuhnya dan apabila ia telah melakukannya, tolak joran ke arah yang bertentangan. Sekiranya anda menolak joran anda ke arah yang bertentangan sebelum tali terbuka sepenuhnya, anda akan mendapat gelung yang terdistorsi. Sekiranya ia terbuka dan anda menunggu terlalu lama sebelum menolak joran ke arah yang bertentangan, tali akan jatuh rendah dan apabila anda menolaknya ke hadapan, ia naik ke atas.

Semestinya ini berlaku pada semua pemancing, termasuk mereka yang telah menceburi pancing layang bertahun lamanya. Kadang-kadang fokus hilang ketika balingan dan perkara ini berlaku. Kuncinya adalah untuk melaraskan pergerakan.

Kedua adalah sudut pergerakan joran atau trajektori pergerakan. Jika pergerakan adalah sedikit ke atas tali akan bergerak ke atas dan jika pergerakan tersebut diikuti dengan pergerakan lurus dan mendatar, gelung akan lebih besar. Ini adalah tempat dimana memberikan perhatian terhadap pergerakan anda sangat penting. Ambil masa untuk menggerakkan joran secara mendatar dengan selurus yang boleh.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Berkley fishing, fly fishing, casting a fly, fly casting, fishing tips, how to cast flies, fly cast, casting flies, how to fly fish,

Membaling fly.

Penghujung Balingan

Ini adalah masanya untuk anda membenarkan tali mengalir keluar dari joran untuk membawa umpan fly anda ke posisi ikan. Ada sebuah teknik yang anda boleh gunakan untuk mendapat jarak yang lebih baik. Teknik ini memerlukan latihan juga. Untuk mendapat jarak yang lebih baik anda perlu menggunakan joran untuk menghantar tali fly keluar. Teknik ini dapat dilakukan dengan menghentikan rod secara tiba-tiba pada pergerakan akhir (pergerakan ke hadapan ketika melepaskan tali keluar). Hentian secara tiba-tiba ini akan membenarkan hujung/tip joran untuk melengkung lebih sedikit dan ia akan menghantar tali keluar dengan lebih kuasa tambahan.

Berlatih dengan langkah-langkah ini sehingga anda puas dengan saiz gelung dan sehingga anda dapat melakukan penghujung balingan dengan yakin. Langkah-langkah ini akan membantu anda membaling umpan fly. Nantikan Bahagian 6 dalam isu seterusnya.

Advertisement

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.