Kekili spinning baru Penn Passion adalah satu kekili istimewa. Ia sebuah kekili yang mewakili sokongan Penn dan Purefishing untuk Yayasan Kanser Payudara Amerika (ABCF).Kekili ini bukan sahaja simbol sokongan untuk ABCF. Ia juga adalah kekili yang sangat berkebolehan dan berprestasi tinggi. Baru-baru ini kami telah mengadakan ujian lapangan bagi saiz 3000 di salah satu lapangan ujian kami di Jugra, Selangor.
Untuk ujian lapangan ini kami mengisi Penn Passion 3000 dengan tali 17lb Berkley Fireline Ultra8 Carrier dan perambut 17lb Berkley Vanish. Kekili tersebut kemudiannya digandingkan dengan joran Abu Garcia Salty Nova Colors Summer Blue (juga sedang diuji). Dibawah adalah apa yang digunakan ketika ujian tersebut.
Kekili: Penn Passion 3000
Model kekili: 3000
Size kekili: 3000
Joran: Abu Garcia Salty Nova
Model Joran: Summer Blue
Aksi Joran: PE2 – Slow / light – Medium
Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier
Lb Tali: 17lb
Tali Perambut: Berkley Vanish
Lb Tali Perambut: 17lb
Umpan/Gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub
Saiz: 3 inci
Mata kail / Jig-head: Owner (untuk Grub)
Saiz: Pelbagai
Cuaca ketika ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin/ petang mendung
The Penn Passion kekili yang kuat.
Prestasi
Oleh kerana ia sebuah kekili spinning, membaling dengan Penn Passion adalah senang. Jarak juga adalah sangat baik mungkin kerana rekaan gelendong yang membenarkan tali keluar dengan lancar. Ia juga mungkin kerana kelancaran tali Berkley Fireline Ultra8 Carrier. Kami dapat membaling gewang plastik lembut ke seberang kolam dengan mudahnya.
Ia tidak mengambil masa yang lama sebelum kami berjaya mencangkuk ikan pertama (kerapu). Drag berada pada paras tinggi sekitar 70-75%. Drag memberikan prestasi lancar yang diharapkan dari “drag washer carbon fiber” HT-100™. Karauan terasa lancar dan tiada kelonggaran.
Beberapa kali ikan berenang ke arah struktur tetapi berjaya dikawal dengan meningkatkan tekanan drag. Hanya satu kekalahan (ikan berjaya melepaskan dirinya) yang merupakan sebuah kerapu dengan daya juang tinggi. Drag berada hampir ke paras maksima di dalam perlawanan tersebut untuk mendapatkan kawalan lebih baik ke atas ikan memandangkan perlawanan telah merapati struktur. Penguji kami berjaya memusingkan ikan tetapi ketika ikan membuat larian seterusnya, tali terus kendur.
Ikan tersebut berjaya melucutkan mata kail dan berenang bebas. Pemancing menggulung tali kembali dan menyedari mata kail telah lurus hasil daripada tekanan tinggi yang diberikan kerapu tersebut dan drag dari kekili. Kadang-kadang perkara ini terjadi terutamanya apabila kita terpaksa dalam sesebuah perlawanan dengan ikan dan takdir tidak dapat dielakkan.
Ikan kerapu yang dikalahkan oleh kekili Penn Passion.
Kesimpulan
Kekili spinning Penn Passion pastinya sebuah kekili berprestasi tinggi. Model yang telah kami uji (saiz 3000) mungkin kecil dari segi saiz tapi ia pastinya berkebolehan dan mampu memberikan saingan yang baik. Ia mempunyai drag yang terbukti bertahun lamanya dengan pelbagai kekili Penn dan sebuah drag kuat yang bersedia untuk pertarungan dan tekanan yang banyak. It merupakan kekili yang kuat dan membolehkan pemancing memancing dengan yakin. Ia adalah kekili dengan prestasi lancar secara keseluruhannya.