Spiderwire sudah lama membuat tali memancing yang berkualiti tinggi terutama sekali tali pancing braided mereka yang dibuat dengan fiber-fiber Dyneema yang diketahui seluruh dunia sebagai fiber yang paling kuat. Tali Spiderwire Stealth Pink Camo di bina kuat dan tahan lasak untuk menahan ikan-ikan yang kuat berlawan.
Idea dibelakang tali Spiderwire Pink Camo yang berwarna merah jambu (pink) ini sebagai tali utama adalah kerana ia senag dilihat diatas permukaan air. Ia penting untuk seorang pemancing untuk mengetahui dimana talinya berada sepanjang masa terutamanya dalam masa pertarungan dengan ikan.
Tali yang senang dilihat oleh pemancing.
Tali Spiderwire Stealth Pink Camo adalah tali yang licin dan membolehkan pemancing membuat balingan dengan jarak yang jauh. Teknologi Spiderwire yang menggunakan fiber yang dirawat dengan Fluoropolymer menjadikan tali ini salah satu tali yang sangat senyap (kurang geseran dengan air).
Rengangan Yang Rendah
Rengangan adalah sesuatu yang baik dan juga tidak baik apabila kami memancing. Tali yang mempunyai daya rengangan yang baik dapat menyerap kuasa tarikan dari ikan (kuasa kejutan dari ikan bila hendak melepaskan diri). Yang tak baik pula adalah apabila para pemancing hendak strike set matakail dengan baik.
Tali yang senyap.
Tali Spiderwire Pink Camo Braid adalah tali yang rendah Rengangan dan ini membenarkan pemancing set matakail dengan baik. Tali ini juga lebih sensitif dan membenarkan para pemancing merasai keadaan dibawah permukaan air.
Spiderwire Stealth Pink Camo Braid juga mewakili warna merah jambu yang digunakan sebagai simbol canser payudara di mana Spiderwire adalah penyokong American Breast Cancer Foundation (ABCF). Pure Fishing juga menyumbang kepada American Breast Cancer Foundation.