Abu Garcia SeaCaster II Finesse
Pandu Uji
Advertisement
Joran Abu Garcia Seacaster II telah lama wujud. Yang terbaru; Abu Garcia Seacaster II dilancarkan beberapa bulan lalu (2019) dan kami telah menguji model aksi berat joran tersebut dengan hasil yang sangat baik. Kali ini kami menguji model Ultra Light Finesse untuk melihat bagaimana prestasinya di dunia nyata.
Dibina Dengan Baik
Pertama, joran Abu Garcia Seacaster II Finesse adalah joran yang direka untuk memancing ikan yang lebih kecil dan jinak; lebih kepada pancingan santai dan bukannya pertarungan yang sengit. Dengan permainan sedemikian di fikiran, pihak Abu Garcia membina Seacaster II untuk keseronokan yang serius. Oleh itu, ia dicipta ringan dan seimbang.
Seronok Dan Seksa
Untuk menguji joran Abu Garcia Seacaster II Finesse kami membawanya ke kolam ujian kegemaran kami di Jugra, Selangor. Kolam-kolam ini diasingkan mengikut jenis ikan di dalam setiap kolam. Ini memudahkan pancingan berdasarkan spesis ikan sasaran. Dalam ujian kali ini kami memutuskan untuk berseronok dengan Siakap yang akrobatik dan bertarung dengan Siakap Merah, Jenahak dan Kerapu.
Jenama Joran: Abu Garcia
Siri: Seacaster II
Model: SIIS662UL – Finesse
Aksi: Ultra Light
Panjang: 6′ 6″
Berat Gewang: 1-7gm
Berat Tali: 2-6lb
Jenis Blank: Carbon Graphite
Guide berkualiti tinggi dari Fuji.
Balingan
Kami menggunakan umpan plastik lembut Berkley ketika ujian yang mempunyai berat sekitar 1/4oz dan ke bawah. Dengan tali utama Berkley Fireline Ultra8 Carrier 10lb, joran Abu Garcia Seacaster II Finesse dapat membaling dengan baik dan memberikan jarak yang bagus. Tip/hujung joran Seacaster II Finesse boleh dikatakan agak lembut tetapi ia tidak membawa sebarang masalah ketika balingan.
Aksi Dan Sensitiviti
Tip/hujung joran Seacaster II Finesse yang lembut dapat menguruskan persembahan umpan plastik lembut dengan baik. Ini bermakna saya tidak mengalami sebarang masalah mengawal umpan plastik lembut yang digunakan. Saya dapat mempersembahkan mereka dengan perlahan atau laju; tiada sebarang masalah. Seacaster II Finesse juga cukup sensitif dan membenarkan saya merasai permukaan di dalam air dengan baik.
Melawan Ikan
Oleh kerana joran ini merupakan joran “ultra light finesse”, saya bimbang mengenai kebolehan joran ini untuk menembuskan mata kail ke mulut ikan kerana hujung joran/tipnya yang lembut. Disinilah tempat dimana Berkley Powerbait dan Gulp memainkan peranan penting. Ikan cenderung untuk mengemam umpan-umpan ini dengan lebih lama dan memberikan masa untuk menembuskan mata kail dengan kemas. Setiap kali ikan menyambar umpan, hujung joran Seacaster II Finesse melengkung sehingga tekanan dirasakan cukup dan ketika itu saya akan menyentak joran. Penembusan mata kail yang baik setiap kali.
Kami bertarung dengan cukup banyak ikan yang kuat tanpa masalah. Hujung joran/tip, walaupun sedikit lembut memandangkan ianya sebuah joran “ultralight finesse”, masih mempunyai kuasa untuk melawan ikan-ikan yang kuat. Apabila lengkungan joran mencapai sekitar 45% dari joran (diukur dari bahagian “butt” / EVA di hujung bahagian belakang joran) tulang belakang akan mula bertindak dan lengkung tekanan/lengkung kuasa memberikan lebih tekanan pada ikan yang dilawan.
Kami hilang kawalan ketika bertarung dengan seekor Siakap Merah yang kuat dan berjaya melarikan diri ke dua paip PVC yang besar dan membelitkan tali tetapi ia berjaya ditarik keluar hasil daripada tali yang diuji iaitu Fireline Ultra8 Carrier keluaran Berkley yang licin.
Banyak juga ikan kerapu yang kami naikan (kiri), Jenahak (kanan), dan ikan kaci.
Ketika ujian kami menyeksa Seacaster II Finesse tanpa belas kasihan. Beberapa kali joran tersebut melengkung sehingga 35% (diukur dari “butt” / bahagian pemegang EVA di belakang joran) tetapi tulang belakang joran ini masih mempunyai kuasa untuk memenatkan ikan dan membawa mereka naik. Kami tidak lucut seekor ikan pun ketika ujian kami.
Kesimpulan
Joran Abu Garcia Seacaster II Finesse dibuat untuk pancingan ringan tetapi ia masih boleh berlawan dengan ikan lebih serius yang bertarung dengan kuat. Ia dapat membaling dengan baik, cukup sensitif untuk membantu pemancing merasai dasaran, mempunyai kuasa untuk perlawanan yang kuat, dan ringan untuk memberikan keselesaan ketika memancing untuk tempoh masa yang lama. Ia pastinya sebuah joran yang terbaik untuk pancingan yang menyeronokkan.
Alat Pancing Yang Digunakan Ketika Ujian
Jenama Joran: Abu Garcia
Siri: Seacaster II
Model: SIIS662UL – Finesse
Aksi: Ultra Light
Kekili: Abu Garcia Revo X Spinning
Model Kekili: X10
Saiz Kekili: 1000
Tali Utama: Berkley Fireline Ultra 8 Carrier
Lb Tali : 10lb
Tali Perambut: Berkley Vanish
Lb Tali Perambut: 10lb
Umpan/Gewang: Berkley Powerbait Swim Shad / Berkley Powerbait Power Grub
Saiz: 3 inci
Mata Kail / Jig-heads: Owner (untuk Grub)
Cuaca Ketika Ujian: Tengah hari panas dengan sedikit angin / petang yang mendung
Advertisement
Contact us
For more information or should your have enquiries, do drop us an email.