Abu Garcia

Ocean Project II

Bila joran Abu Garcia Ocean Project II sampai ke pejabat saya, renungan sekumpulan kucing yang berada di tempat letak kereta menggambarkan keinginan mereka kepada hasil yang akan ditangkap menggunakan joran pancing hitam dan oren di tangan saya. Ataupun joran tersebut pernah digunakan dan berbau ikan.

Saya tidak suka akan mereka yang telah memberi makanan kepada kucing-kucing comel yang berak di merata tempat dan membunuh burung-burung comel, tetapi takut akan tikus. Kucing-kucing ini tidak akan mendapat walaupun seekor ikan daripada saya; tidak satu pun hasil tangkapan dengan joran ini. Abu Garcia Ocean Project II dihasilkan dengan ikan-ikan besar sebagai sasaran, ikan yang begitu besar sehingga kucing akan lari sejauh mungkin daripadanya. Dengan luahan tersebut, saya mengamalkan teknik tangkap, bergambar dan lepas.

Abu Garcia, Abu Garcia fishing, fishing, angling, Abu Garcia Ocean Project, Ocean Project 2, rod review, rod preview, Abu Garcia rod preview, fishing tackle, Abu Garcia Malaysia, Pure Fishing,

Mesin berak yang comel.

Penampilan Ceria

Beberapa buah kereta sport yang anggun berwarna oren. Dengan sekelip mata, saya dapat menamakan Lamborghini, McLaren, dan Lotus. Tetapi di antara ketiga-tiganya, Ocean Project II lebih menyerupai Lotus. Harganya mahal tetapi seperti Lotus, ia adalah pilihan paling baik yang anda boleh miliki.

Abu Garcia, Abu Garcia fishing, fishing, angling, Abu Garcia Ocean Project, Ocean Project 2, rod review, rod preview, Abu Garcia rod preview, fishing tackle, Abu Garcia Malaysia, Pure Fishing,

Cincin winding check berwarna unggu metalik… cantik. 

Abu Garcia, Abu Garcia fishing, fishing, angling, Abu Garcia Ocean Project, Ocean Project 2, rod review, rod preview, Abu Garcia rod preview, fishing tackle, Abu Garcia Malaysia, Pure Fishing,

Tulang joran jenis “Extra High Carbon” (karbon tinggi).

Ocean Project II dilengkapi pembalut serat karbon, washer berwarna ungu dan oren metalik, winding check ungu metalik, bebenang ungu metalik, pemegang EVA yang seksi, dan penutup gabus sintetik pada hujungnya. Ia diwarnakan oren metalik (seakan Lotus) dan hitam seperti kekunci hitam piano.

Abu Garcia, Abu Garcia fishing, fishing, angling, Abu Garcia Ocean Project, Ocean Project 2, rod review, rod preview, Abu Garcia rod preview, fishing tackle, Abu Garcia Malaysia, Pure Fishing,

Gabus sintetik lebih praktikal.

Harga Berpatutan

Kami semua gemar kereta-kereta sport terutamanya Lamborghini dan McLaren tetapi hanya segelintir daripada kami dapat memiliki mereka. Terdapat beberapa yang dapat memilikinya tetapi tidak mampu untuk menyelenggarakan mereka. Ada yang dapat melakukannya tetapi tidak mampu untuk memandu kereta tersebut. Pilihan terbaik untuk kamu yang ingin tetapi tidak mampu adalah untuk membeli Lotus. Penampilan hebat, kelajuan amat pantas, pemanduan bagus ke depan dan juga di belok jalan raya, dan lain-lain.

Ok, saya tidak akan berdalih lagi. Penampilan Ocean Project II hebat dan bergaya dengan harga berpatutan walaupun dipasarkan di bawah jenama yang terkenal. Inilah sebabnya. Ocean Project II dilengkapi komponen-komponen standard yang dikategorikan sebagai bukan-Fuji. Apa yang anda dapat adalah komponen-komponen standard yang dipasangkan kepada tulang joran ‘Karbon Berketumpatan Lebih Tinggi’.

Abu Garcia, Abu Garcia fishing, fishing, angling, Abu Garcia Ocean Project, Ocean Project 2, rod review, rod preview, Abu Garcia rod preview, fishing tackle, Abu Garcia Malaysia, Pure Fishing,

Guide dan cincin “standard,” tolong menurunkan kos buatan joran ini. Tetapi guide-guide sebegini masih bagus digunakan. 

Bijak bukan? Joran bergaya yang dapat mendapat perhatian rakan pemancing semasa sesi memancing dengan kos yang lebih murah daripada kos sesi tersebut. Anda boleh meningkatkannya dengan komponen-komponen Fuji pada masa depan tetapi pada masa ini anda memiliki joran anggun dengan genggaman hebat dan memberikan persembahan yang bagus; tanpa mengabaikan nama ala Eropahnya.

 

Abu Garcia, Abu Garcia fishing, fishing, angling, Abu Garcia Ocean Project, Ocean Project 2, rod review, rod preview, Abu Garcia rod preview, fishing tackle, Abu Garcia Malaysia, Pure Fishing,

Reel seat yang cantik, siap dengan centakan nama joran.

Jika anda boleh memiliki Lamborghini atau McLaren dan ingin memandunya; disilakan dan nikmatinya. Tetapi jika anda ingin bergaya walaupun tidak berkemampuanan; anda mempunyai satu lagi pilihan. Ini adalah Ocean Project II oleh Abu Garcia; Lotus anda. Model pilihan bergantung sepenuhnya pada anda tetapi anda akan kelihatan hebat sambil memegang sebatang joran dengan persembahan unggul yang terbukti.

Klik sini untuk kembali ke Isu 65

Klik sini untuk kembali ke isu-isu Majalah Pemancing

Klik sini untuk kembali ke mukasurat utama.

Langganilah Hari Ini

Jangan Ketinggalan Isu-Isu Terbaru Lagi

Hubungilah Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini