Berkley PowerBait

Power Minnow Grub

Ya, kami semua gemar menangkap ikan dan ikan-ikan juga suka menangkap ikan, dan menjadikan mereka makanan. Sejak mengetahui fakta tersebut berkurun yang lalu kami telah menggunakan gewang dan umpan yang kelihatan seperti ikan, berenang seperti ikan, tetapi bukan ikan yang sebenar. Sementara ramai yang gembira dengan umpan atau gewang seperti itu; mereka di Berkley tidak puas. Mereka terus menghasilkan umpan-umpan dengan kebolehan untuk membuat renangan yang lebih seksi daripada ikan.

Dengan itu, saya ingin mengulas mengenai Berkley PowerBait Power Minnow Grub. Jika anda pengemar ikan, umpan plastik lembut dengan renangan seksi ini akan membuat anda ternganga. Tarikkan ia di bahagian cetek yang jernih dan dengan serta-merta anda akan melihat gaya pergerakan ekornya di dalam air seakan seorang penari eksotik. Saya telah mendapatkan hasil yang bagus semasa memancing dengan Berkley PowerBait Power Grub mungkin disebabkan oleh gaya renangannya.

Berkley, Berkley Fishing, Powerbait, Power Bait, Berkley Gulp, Berkley Powerbait, Gulp, Berkley plastics, soft baits, soft plastics, Gulp, Berkley lures, Berkley soft baits, Berkley soft plastics, Berkley Grub, grubs, Berkley Power Grub, grub,

Pek Berkley PowerBait Power Minnow Grub.

Semasa saya menggunakan mereka, ikan-ikan siakap telah menyambar semasa saya sedang menarik mereka dari tepian satu kolam berbayar, sambil melihat gaya ekor seksinya melakukan tarian. Grub tersebut kelihatan kurang seksi berbanding Power Minnow Grub walaupun berfungsi dengan amat baik. Power Minnow Grub juga dilengkapi sisipan holografik yang dapat menarik perhatian pemangsa-pemangsa.

Tidak cukup seksi? Saya akan menulis dalam bahasa Perancis, mungkin bahasa paling seksi di bumi. Berkley PowerBait Power Minnow Grub juga dilengkapi dengan Montē dávance pour plus de commoditē atau dalam Bahasa Malaysia yang kurang seksi; siap-pasang untuk kemudahan anda … bukan untuk kemudahan sesiapa sahaja tetapi untuk anda dan saya. Amat perihatin.

Berkley, Berkley Fishing, Powerbait, Power Bait, Berkley Gulp, Berkley Powerbait, Gulp, Berkley plastics, soft baits, soft plastics, Gulp, Berkley lures, Berkley soft baits, Berkley soft plastics, Berkley Grub, grubs, Berkley Power Grub, grub,

Ikan siakap memang suka Berkley PowerBait Power Grub.

Berkley PowerBait Power Minnow Grub bukanlah umpan lembut yang biasa. Selain daripada pergerakan ekornya yang seksi, mereka dilengkapi dengan odeur et Saveur; bauan dan perisa yang dapat mengekalkan gigitan ikan sehingga 18 kali lebih lama berbanding umpan tiruan dengan bauan atau tiada bauan yang lain. Bagaimana mereka mengetahui perkara ini? Disebabkan Berkley bukan sahaja bekerja dengan pemancing-pemancing profesional. Mereka juga mengupah ikan-ikan hidup di dalam makmal mereka di mana pelbagai jenis umpan diuji.

Bersama umpan lembut yang seksi ini adalah kepala jig yang dilengkapi mata kail Mustad Ultra-Point; kedua-duanya telah siap-pasang supaya anda dapat menikmati pengalaman Montē dávance pour plus de commoditē. Patut diingati, mata kail ini amat tajam dan mesti digunakan dengan was-was.

Berkley, Berkley Fishing, Powerbait, Power Bait, Berkley Gulp, Berkley Powerbait, Gulp, Berkley plastics, soft baits, soft plastics, Gulp, Berkley lures, Berkley soft baits, Berkley soft plastics, Berkley Grub, grubs, Berkley Power Grub, grub,

Montē dávance pour plus de commoditē; dan matakail Mustad Ultra-Point Hook.

Ulasan Berkley

Berkley PowerBait dapat meningkatkan kemahiran pemancing baru dan menjadikan pemancing yang hebat lebih unggul! Pakar saintis Berkley telah mengambil masa selama lebih dari 25 tahun untuk menyempurnakan bauan dan perisa yang tidak dapat diendahkan – formula ekslusif PowerBait. Ikan-ikan amat tertarik kepada PowerBait sehingga gigitan mereka akan kekal 18 kali lebih lama, justeru memberikan anda masa dan keyakinan untuk merasa Lebih Gigitan – mendapatkan Lebih Cangkukan dan menaikkan Lebih Banyak Ikan!

Berkley, Berkley Fishing, Powerbait, Power Bait, Berkley Gulp, Berkley Powerbait, Gulp, Berkley plastics, soft baits, soft plastics, Gulp, Berkley lures, Berkley soft baits, Berkley soft plastics, Berkley Grub, grubs, Berkley Power Grub, grub,

Warna yang cantik dan menarik.

Ciri-Ciri

Siap-pasang dan bersedia untuk digunakan

Aksi ekor berenang

Umpan reaksi yang sesuai untuk ikan bass, walleye dan spesis-spesis pemangsa yang lain

Penampilan seakan hidup, mata 3D, sisipan holografik

Berkley, Berkley Fishing, Powerbait, Power Bait, Berkley Gulp, Berkley Powerbait, Gulp, Berkley plastics, soft baits, soft plastics, Gulp, Berkley lures, Berkley soft baits, Berkley soft plastics, Berkley Grub, grubs, Berkley Power Grub, grub,

Another fish attracting feature of the Berkley Powerbait soft plastic baits is its scent.

Klik sini untuk kembali ke Isu 65

Klik sini untuk kembali ke isu-isu Majalah Pemancing

Klik sini untuk kembali ke mukasurat utama.

Langganilah Hari Ini

Jangan Ketinggalan Isu-Isu Terbaru Lagi

Hubungilah Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini