Memancing Di Kiulu, Sabah
Zone Aksi
Oleh Isaac Kuek
Advertisement
Kiulu, Sabah merupakan rumah bagi spesis Kelah dengan nama tempatan Pelian. Hanya sejam dengan menaiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kawasan perkampungan kecil ini telah menjadi perintis untuk sebuah sistem pemuliharaan ikan yang unik dikenali sebagai sistem Tagal. Sistem ini membahagikan sungai ke beberapa bahagian dan melabel setiap bahagian dengan warna yang berbeza iaitu hijau, kuning atau merah. Zon hijau membenarkan penduduk kampung untuk menangkap ikan pada bila-bila masa sepanjang tahun manakala menangkap ikan di zon kuning hanya dibenarkan pada waktu tertentu sekali dalam beberapa tahun. Walau bagaimanapun, zon merah pula merupakan zon yang ditetapkan sebagai zon pemuliharaan di mana penduduk kampung tidak dibenarkan menangkap ikan langsung. Berita baik adalah pemancing tangkap dan lepas seperti kita boleh mendapatkan permit untuk memancing di zon kuning dan merah dibawah pengawasan pemandu pancing tempatan seperti pemandu pemancing kami Rushdi Lusi.
Setelah merancang trip bersama Rushdi beberapa bulan sebelum, beliau mengambil kami dari hotel di KK pada awal pagi dan kami terus menuju ke bahagian pertama sungai di Kiulu dimana kami memulakan perjalanan melalui hutan untuk sampai ke lubuk pertama. Nikmat yang kami dapat rasakan di sini bukan sahaja pengalaman memancing tetapi juga nikmat kurniaan alam iaitu Buah Nangka. Buah Nangka yang manis mengurangkan kekecewaan yang dihadapi kami disebabkan keadaan sukar yang tidak dijangka. Air sungai telah naik mendadak yang membuatkan arus agak kuat sehingga bukan sahaja membuatkan pancingan mencabar tetapi melintasi kawasan yang mencabar menjadi lebih susah dan berbahaya.
Selepas perjalanan hampir 2 jam dan balingan tanpa sebarang sambaran, kami berhenti untuk makan tengah hari mi segera sebelum meneruskan perjalanan ke sungai yang lebih kecil. Masalah utama untuk kami adalah kami biasa memancing di lubuk yang dalam dan pancingan di sungai kecil pula lebih tertumpu pada kawasan jeram yang memerlukan sedikit kemahiran.
Seekor pelian yang cantik berjaya dinaikan.
Jared merupakan yang pertama untuk mendapatkan seekor Pelian dengan sebuah gewang minnow tenggelam yang kecil. Tangkapan tersebut memberi sedikit keyakinan terhadap apa yang kami lakukan. Dari maklumat yang dikumpulkan sebelum trip ini, Pelian lebih suka gewang minnow tenggelam kecil bersaiz 5cm seperti Rapala Countdown 5 yang kami gunakan yang memberikan hanya sedikit hasil. Walaupun saya dan Jared mendaratkan beberapa ekor Pelian dengan minnow tenggelam, ia tidak begitu efektif kerana arus air yang kuat menghanyutkan gewang kami dari zon sasaran sebelum ia boleh tenggelam.
Kesedaran ini menyebabkan saya dan Jared mencuba gewang diving jerkbait yang berkesan dalam situasi ini kerana ia menyelam dalam dan kekal di kedalaman air yang dikehendaki tanpa dihanyutkan arus yang kuat. Setelah menyedari perkara ini, Jared terus mendaratkan beberapa ekor Pelian bersaiz baik di kawasan lubuk dalam dan pinggir jeram dan kami menamatkan sesi pancingan pada hari pertama.
Hari kedua dimulakan di kawasan sungai yang lebih besar, di mana sasaran utama adalah Sebarau Dua Belang yang terkenal. Sementara saya memulakan hari dengan gewang spoon kecil, Jared menggunakan gewang-gewang permukaan air. Walaupun spoon saya menghasilkan banyak ikan bersaiz kecil, gewang popper Jared telah menggoda seekor raksaksa untuk menyambarnya. Dengan peralatan pancing ringan dan arus kuat, Jared menghadapi perlawanan sengit dan ia menjadi sorotan utama trip ini sehingga ia berjaya didaratkan untuk sebuah sesi bergambar yang cepat. Hari berlalu dengan agak cepat dengan Jared mendaratkan kebanyakkan ikan menggunakan gewang crankbait selaman dalam manakala saya mengalami kesukaran menangkap ikan kerana kekurangan gewang yang sesuai.
Pelian-pelian yang cantik, yang kami berjaya menewaskan. Walaupun kami dilanda dengan pelbagai kesusahan dalam trip ini, banyak juga kami dapat pelajari.
Trip ini merupakan trip yang membuka mata saya dan mengajar saya untuk sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walaupun kami menganggap keadaan air akan sempurna, adalah lebih baik jika kami membawa gewang selaman dalam untuk menghadapi paras air yang lebih tinggi sekiranya diperlukan dan dalam kes ini, ia telah membantu. Apabila dilihat kembali, bersedia dengan gewang seperti itu pastinya membantu saya menangkap lebih banyak ikan dan sekarang ia menjadi pengajaran untuk membuat persediaan lebih rapi dalam trip akan datang.
Dengan perairan yang luas dan cukup bersih yang terletak di kawasan yang bukanlah terpencil, Kiulu merupakan tempat yang harus dikunjungi semua pemancing. Secara peribadinya untuk saya, saya pasti kembali untuk membalas dendam terhadap ikan-ikan besar yang berkeliaran di sekitar sungai-sungai pergunungan yang kecil ini.
Advertisement
Contact us
For more information or should your have enquiries, do drop us an email.