Penn Clash

Fishing Rods

Beberapa tahun yang lalu saya telah pergi ke Pure Fishing Malaysia dan bertanya samada mereka mempunyai sesuatu yang boleh menyelamatkan kapal yang ranap daripada Selat Melaka. Mereka kata tiada. Oleh itu saya terpaksa mendapatkan sesuatu yang boleh memberhentikan Ferrari, dan mengarau mereka kembali. Pada masa tersebut saya telah berkenalan dengan Penn Clash dalam bentuk kekili spinning. Walaupun ia tidak dapat memberhentikan Ferrari, ia terbukti telah memberhentikan banyak “Ferrari lautan”, atau lebih dikenali sebagai ikan layar. Tidak lama kemudian Penn telah melancarkan joran-joran Penn Clash dan mereka amat kuat.

Penn clash fishing reel, clash, penn clash, fishing rompin, rompin, kuala rompin, salfish fishing, sailfish,

Kekili Penn Clash memburu layaran di Rompin.

Saya Perlu Menaikkan Kapal Selam

Baru-baru ini, saya telah ke Pure Fishing Malaysia sekali lagi dan bertanya jika mereka mempunyai sesuatu yang boleh menaikkan Kapal Selam Jerman yang tenggelam pada tahun 1946, di perairan Selat Melaka. Kali ini mereka telah memberikan saya kekili spinning Penn Torque untuk diuji. Tetapi malangnya saya tidak berpeluang untuk mengujinya di lapangan. Untuk joran, mereka memberikan saya Penn Clash yang baru. Dengan pasti ia tidak dapat melakukan kehendak saya yang melampaui batas tetapi saya akan puas dengan beberapa ekor ikan kerapu yang seakan kapal selam dengan tersendirinya.

Pada pandangan pertama, Penn Clash kelihatan agak berat tetapi keringangannya mengejutkan saya bila dipegang kerana ia diibaratkan satu pengangkut “kapal selam”. Tetapi saya telah menaikkan “kapal selam” dengan joran yang lebih ringan oleh itu saya tidak akan menjadi stereotaip tentang joran. Lagipun, tiada sebab untuk menstereotaip peralatan pancing pada masa kini terutamanya dengan kemajuan teknologi; menghasilkan bahan-bahan yang akan mengklasifikasikan seseorang tidak waras hanya dengan menyebut mengenainya beberapa tahun yang lalu.

1butt

Pemegang joran Penn Clash.

Oh, Penn Clash bukan sahaja dapat menaikkan kapal selam. Ia juga boleh membolehkan seorang pejalan tali tegang dengan masalah keseimbangan untuk berjalan daripada satu bangunan ke bangungan lain tanpa terjatuh. Ia amat seimbang. Tetapi jika anda ingin berjalan di atas tali tegang, jangan. Kecuali jika bangunan-bangunan tersebut setinggi satu kaki. Pasangkan satu kekili untuk mengimbanginya; mengalihkan berat ke belakang. Lagipun, kenapa berjalan di atas tali tegang bila anda boleh pergi memancing?

Bila tiba masa untuk bertarung dengan wira-wira dunia di bawah air, Penn Clash adalah joran yang paling sesuai. Tulang belakangnya yang amat berkuasa akan memberikan tekanan ke atas ikan-ikan ganas yang gemar menyukarkan manusia dan juga pemancing yang bertarung dengan mereka, menghasilkan tekanan dan kejayaan yang tinggi untuk pemancing.

Penn Clash, Penn Fishing, Fishing rod, Penn Fishing rod, Clash, Sea fishing rod,

EVA joran Penn Clash.

Penn Clash dilengkapi tapak kekili Fuji dan cincin-cincin K oleh Fuji, pemegang EVA berdensiti tinggi, rekaan sederhana tetapi bagus, dan lain-lain, kesemuanya hebat untuk joran pancing berkualiti yang menggunakan format “butt joint”. Ini membenarkan tulang joran melengkung dengan bagus dan mengekalkan tekanan yang mantap semasa pertarungan.

Penn Clash, Penn Fishing, Fishing rod, Penn Fishing rod, Clash, Sea fishing rod,

Guide Fuji K Guides prestasi yang lebih bagus.

Penn Clash, Penn Fishing, Fishing rod, Penn Fishing rod, Clash, Sea fishing rod,

Reka bentuk jenis “Butt Joint” memberi kuasa tulang joran yang konsisten.

Patutkah anda memiliki joran Penn Clash? Bergantung kepada samada anda adalah pemancing yang gemar memancing dengan kayu yang tidak tegar; jika ya, saya cadangkan anda jangan beli Clash. Tetapi jika anda inginkan joran dengan kuasa seperti yang seakan lengan Dwayne Johnson, joran ini sesuai untuk anda. Jangan salah faham. Ia bukan joran dipenuhi Viagra; tegar dari seksyen butt hingga ke hujung hadapan. Ia mempunyai hujung yang lebih peka (lebih kurang 20% daripada hujung hadapan joran) yang membantu semasa membaling. Joran yang paling unggul tidak hebat lagi jika tidak dapat membaling dengan bagus.

1split

Let The Battle Begin – Biarlah Pertarungan Bermula.

Klik sini untuk kembali ke Isu 65

Klik sini untuk kembali ke isu-isu Majalah Pemancing

Klik sini untuk kembali ke mukasurat utama.

Langganilah Hari Ini

Jangan Ketinggalan Isu-Isu Terbaru Lagi

Hubungilah Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini