Pancingan Kolam: Berubahlah Apabila Ikan Tidak Makan

Knowledge Wise

Oleh Altaff Asmar

pond fishing, lure fishing in ponds, lure fishing, pay pond fishing, pay pond lure fishing, paypond fishing, fishing tips, lure fishing tips, pond fishing tips, the angler agazine, the angler, The Angler, The Angler mag, Asean Angler, The Asian Angler

Advertisement

Pancingan kolam telah menjadi alternatif buat kebanyakkan pemancing Malaysia semenjak pancingan rekreasi wujud. Sama ada ia disebabkan perubahan musim atau kekangan masa, halangan untuk memancing di tasik, sungai atau laut telah lama menjadi sebab pemancing datang ke kolam bayar (kolam pancing komersial). Kesan daripada ini adalah ikan, terutamanya di kolam tangkap dan lepas menjadi lebih bijak dari hari ke hari. Oleh itu, apabila pancingan menjadi sukar dan gewang tradisional seperti pencil, minnow, crankbait dan umpan plastik lembut tidak menjadi, tiba masa untuk mengeluarkan gewang pelik dan tidak konvensional dan ubah pancingan anda.

Saya baru sahaja memulakan pengajian ijazah Perubatan Veterinar yang bermakna masa saya untuk memancing menjadi terhad. Apabila sebuah kelas dibatalkan, saya mengambil peluang tersebut untuk memancing bersama pemancing yang baru mula belajar; Nurul. Dia tidak pernah memegang joran sebelum ini. Disebabkan dia merupakan pemancing baru, saya memikirkan tempat terbaik untuk belajar memancing adalah di Jugra.

Kami tiba di salah satu kolam bayar di Jugra sekitar 7am dan terus mula memancing. Kami bermula dengan umpan plastik lembut berserta jighead yang dikarau secara terus tetapi tidak mendapat sebarang sambaran. Kami mencuba beberapa jenis karauan seperti melompat dan menyeret umpan di dasar tapi masih gagal. Kemudian saya teringat trip lepas bersama rakan lama dan rakan pancing Amirul Irfan. Pada waktu itu kami menggunakan gewang swimbait untuk memujuk ikan. Saya tersedar bahawa ikan-ikan di sini telah melihat gewang-gewang yang sama melintas di atas kepala mereka setiap hari. Dengan itu, saya memutuskan bahawa lebih baik jika kami mencuba gewang yang berkemungkinan tidak pernah dilihat oleh ikan disini iaitu jointed swimbait. Saya memberikan Nurul gewang Jackall Baby Giron dan saya menggunakan Jackall Giron yang lebih besar.

Sambaran datang serta merta. Sebaik sahaja menyentuh air, gewang-gewang kami disambar Siakap. Ironinya Nurul lebih berjaya daripada saya. Saya beranggapan ia adalah kerana gewangnya mempunyai profil lebih kecil ataupun ia nasib pemula (atau secara rahsianya dia merupakan pemancing pakar yang berlakon sebagai pemula). Dia berjaya mendaratkan 2-3 ekor Siakap sebelum saya mendapat gigitan dengan swimbait Giron saya yang lebih besar. Kami berseronok mendaratkan ikan demi ikan dan melepaskan mereka sehingga hampir ke tengah hari dan gigitan mula berkurang. Pada waktu itu kami memutusan untuk pulang dan merancang untuk kembali pada minggu seterusnya.

pond fishing, lure fishing in ponds, lure fishing, pay pond fishing, pay pond lure fishing, paypond fishing, fishing tips, lure fishing tips, pond fishing tips, the angler agazine, the angler, The Angler, The Angler mag, Asean Angler, The Asian Angler

Nurul dan ikan siakap yang ditewaskan oleh gewang Baby Giron Swimbait. 

Mencampur Strategi

Kami kembali ke Jugra pada minggu seterusnya dengan strategi yang sama. Cuma, kali ini saya membenarkan Nurul menggunakan Baby Giron kegemarannya dan saya pula menggunakan Duo Realis Shinmushi. Sasaran kami kali ini adalah Kerapu dan Senangin Taiwan. Kami bernasib baik kerana tiba sebelum penjaga kolam memberi makan pada ikan yang bermakna ikan sedang meunggu di permukaan dan bersedia untuk menyambar apa jua yang menyerupai pelet. Pada balingan pertama saya seekor Senangin Taiwan mengikut gewang saya tetapi tidak menyambarnya. Saya cuba memperlahankan karauan dan menghentikan gewang apabila ikan mengikutnya. Itulah rahsianya! Ikan tersebut terus menyedut Shinmushi saya dan menarik sedikit tali keluar daripada kekili sebelum saya dapat memulakan karauan. Itulah Senangin Taiwan pertama saya dan pengalaman menangkapnya dengan gewang permukaan amatlah mendebarkan.

pond fishing, lure fishing in ponds, lure fishing, pay pond fishing, pay pond lure fishing, paypond fishing, fishing tips, lure fishing tips, pond fishing tips, the angler agazine, the angler, The Angler, The Angler mag, Asean Angler, The Asian Angler

Ikan siakap yang di tewaskan dengan gewang Shinmushi.

Setelah melepaskan ikan saya, kami meneruskan pancingan dan saya mengalami masalah kekusutan atau “bihun” pada kekili saya. Ketika meleraikan kekusutan tersebut, saya memalingkan pandangan dan melihat Nurul melawan seekor ikan selama beberapa minit sehingga ia timbul dan menyelam semula serta menarik tali keluar dari kekilinya. Kami melihat sekilas muka garang seekor Kerapu ketika ia timbul sekejap. Selepas memenatkan ikan tersebut, ia didaratkan dan diikuti sebuah sesi bergambar yang cepat.

Selepas itu, Nurul mahu mencuba nasibnya dengan Senagin Taiwan jadi saya memberinya Shinmushi dan saya mencuba gewang swimbait. Saya memutuskan untuk melihat dan mengajar Nurul cara mempersembahkan Shinmushi tapi sebelum membuat apa-apa seekor Senangin Taiwan yang cantik menyambar gewang tersebut sebaik sahaja ia menyentuh air. Ikan tersebut memberi sedikit pertarungan tetapi didaratkan dalam beberapa minit sahaja. Beberapa gambar diambil dan ikan dilepaskan. Kali ini Nurul mengambil kembali swimbait dan saya mengambil Shinmushi. Jam seterusnya kami mendaratkan seekor Senangin Taiwan dan Siakap.

pond fishing, lure fishing in ponds, lure fishing, pay pond fishing, pay pond lure fishing, paypond fishing, fishing tips, lure fishing tips, pond fishing tips, the angler agazine, the angler, The Angler, The Angler mag, Asean Angler, The Asian Angler

Ikan Kerapu Nurul yang pertama.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pancingan kolam tidaklah selalunya mudah. Disebabkan ikan dapat melihat gewang sama setiap hari mereka lebih berhati-hati. Oleh itu, perubahan profil gewang atau aksi gewang mungkin rahsianya. Gewang jointed swimbait adalah sangat realistik dan mirip anak ikan yang cedera. Ia juga merupakan sesuatu yang jarang dilihat ikan di sini. Satu lagi perkara untuk dipertimbangkan adalah diet ikan yang tinggal di kolam bayar seperti ini. Untuk Senangin Taiwan di kolam ini, mereka diberikan pelet. Saya memilih untuk menggunakan Shinmushi kerana ia mempunyai bentuk kecil dan padat yang menyerupai pelet di permukaan air. Shinmushi juga menyerupai Riang-Riang yang telah jatuh ke permukaan air; sesuatu yang jarang dilihat ikan disini dan pastinya tidak dapat ditolak. Itu sahaja buat masa ini! Jumpa lagi dan berhenti memancing!

 

Advertisement

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.