Spiderwire
Dura-4 BraiD
SpiderWire akan melancarkan tali pancing baru yang dinamakan Tali Sulam SpiderWire® DURA-4 tidak lama lagi. Nombor 4 membawa maksud 4-sulam. Atau untuk kefahaman yang lebih mudah, 4 tali PE disulam untuk menghasilkan satu tali PE yang lebih kuat.
Kenapa 4-Sulam ?
Tali sulam bermaksud tali yang disulam bersama dan ia dihasilkan dengan dua tali (sulam) atau lebih yang disulam bersama untuk dijadikan satu dan dinamakan tali sulam. Terdapat tali sulam dengan hanya dua-sulam, ada juga dengan 3, dan juga 4 sepertimana Tali Sulam SpiderWire Dura-4. Terdapat juga yang dihasilkan dengan 8 (Berkley Fireline Ultra 8).
Empat tali disulam sekali menjadi satu tali yang lebih kuat.
Tidak dapat dinafikan jika klasifikasi tali dengan kekuatan maksima 10paun, ia dengan pasti dapat bertahan sehingga sekurang-kurangnya 10paun (seperti yang sepatutnya). Oleh itu, kami akan mengenepikan kekuatan maksima daripada cirinya dan memperkatakan mengenai ciri yang lain. Satu lagi fakta yang perlu kami pertimbangkan adalah kewujudan beberapa jenis bahan yang digunakan di mana terdapat perbezaan kualiti. Oleh itu, kami juga akan mengenepikan jenis bahan.
Kelasakan
Dengan anggapan bahawa semua tali dihasilkan dari bahan yang serupa, tali dengan sulam yang lebih banyak mempunyai tahap kelasakan yang lebih tinggi. Kehausan tali disebabkan lelasan oleh halangan berstruktur atau sebagainya merosakkan tali and mengurangkan tahap kelasakan mereka. Tali 4-sulam dapat menghadapi lelasan dengan lebih baik berbanding tali 2 dan 3-sulam.
Tali yang lebih lancar.
Lebih Lancar
Gabungan lebih banyak sulam akan menghasilkan tali yang lebih lancar kerana mereka dapat disulam dengan lebih padat justeru mengurangkan kawasan yang renggang. Semakin kurang sulam yang digunakan semakin banyak kawasan renggang dapat dirasai pada permukaan tali. Oleh itu, tali 4-sulam dapat memberikan balingan yang lebih lancar berbanding tali dengan 2 dan 3-sulam.
Spiderwire Dura-4 Braid
Pengurusan Kos
Sekali lagi dengan anggapan bahawa semua bahan yang digunakann adalah serupa; lebih banyak sulam digunakan lebih tinggi kos penghasilannya. Walaupun tali 4-sulam pada Tali Sulam SpiderWire Dura-4 bernilai kurang daripada rakan 8-sulamnya, ia dengan pasti akan lebih mahal daripada tali 2 atau 3-sulam. Tali 4-sulam berada pada harga pasaran yang berpatutan.
Empat tali didalam satu.
Kesimpulan
Dengan mempertimbangkan kesemua ciri di atas, dapat disimpulkan bahawa Tali Sulam SpiderWire Dura-4 amat berbaloi. Terbukti kualitinya lebih tinggi berbanding tali dengan bilangan sulam yang lebih rendah dan dibuat daripada bahan kurang berkualiti tetapi kosnya lebih murah daripada Berkley 8-sulam yang anggun.
Ciri-Ciri
Tali sulam PE konvensional yang amat berbaloi
Diameter 2 hingga 3x lebih kecil berbanding tali mono pada ujian-Ib yang sama
Kepekaan-Spider – regangan hampir sifar
Tali sulam unggul untuk mengharungi kawasan rumpair yang padat
Lapisan licin memberikan balingan lancar
Tali yang berkualiti.
Spiderwire Dura-4 Braid.
Hubungilah Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini