Teknik Baitcasting
Bab 5
Bayangkan senario ini. Anda bersama rakan anda ke sebuah tasik untuk memancing. Disebabkan kehangatan matahari, kamu berdua telah berteduh di bawah satu pokok yang mempunyai dahan-dahan lebih kurang satu kaki di atas kepala anda. Anda berada di bahagian haluan bot sepanjang 8 kaki dan rakan anda duduk di bahagian buritan bot. Tiba-tiba anda ternampak pergerakan seekor ikan toman, dan teringin membaling tetapi disebabkan rakan anda berada di sebelah kiri anda, balingan dari atas kepala tidak dapat dilakukan disebabkan dahan-dahan di sana dan hanya ada kawasan lapang di sebelah kiri anda di mana tangan balingan anda berada. Apa yang anda akan lakukan? Mudah, lakukan balingan tepi. Sesuaikah?
Memancingdengan kekili baitcaster memberi perasaan yang lebih memuaskan.
Terlepas Peluang
Saya pernah melalui situasi yang serupa tetapi saya berada di bahagian buritan bot. Terdapat mereka yang duduk di haluan bot tidak ingin membaling dan anda boleh faham bahawa ianya bukan kerana mereka tidak mahu membaling. Mereka tahu bahawa posisi mereka agak sukar bila mereka ingin membaling tetapi kawasan lapang untuk membaling hanya terdapat di bahagian yang mereka kurang arif untuk melakukannya.
Lebih banyak cara casting yang anda tahu, lebih baiklah peluang anda untuk mendapatkan ikan.
Membaling Dari Tepi
Jika anda berada di dalam situasi yang serupa, anda hanya perlu belajar cara membaling dari tepi, dan berlatih sehingga anda menjadi mahir, selepas itu anda akan berpeluang untuk menangkap ikan.
Bersedia untuk membaling.
Keteknikan Balingan Tepi
Dengan ringkas, teknik balingan tepi bermakna membaling dari tepi tangan yang memegang joran. Jika anda memegang joran dengan tangan kanan, balingan tepi akan dilakukan dari bahagian kanan anda. Jika anda memegang joran dengan tangan kiri, balingan tepi akan dilakukan dari bahagian kiri anda. Untuk artikel ini, saya akan membuat andai bahawa anda memegang joran dengan tangan kanan.
Arahkan hujung joran ke belakang dan libaskan ke hadapan. Hujung joran akan melantun ke hadapan menuju ke arah sasaran.
Persediaan untuk membaling dari tepi.
Bayangkan anda sedang memukul bulu tangkis. Pergerakan pergelangan tangan dan lengan seakan teknik tersebut. Dengan hujung joran diarahkan ke pukul 10 (dari tepi), gerakkan hujung joran ke arah belakang dan libas plug menggunakan hujung joran untuk melaksanakan balingan, serupa dengan gaya dengan raket badminton, dan teruskan dengan lengan kanan anda.
Tulang joran sudahpun mula membengkok.
Beberapa balingan pertama anda mungkin melihat plug balingan melayang ke arah kiri (jika anda membaling dengan tangan kanan). Ini telah menjadi kebiasaan. Hanya perlu membaiki balingan anda. Jika ia melayang ke kiri, anda telah melepaskan gelendung terlalu lambat. Jika ia ke kanan, anda telah melepaskan tali terlalu awal. Anda perlukan plug yang ke hadapan, di depan anda.
tip joran sudah pun sampai ke tahap dimana gewang atau plak casting boleh di lepaskan.
Karau kembali plug balingan dan cuba lagi. Berlatih teknik ini berulang-kali sehingga ia menjadi kebiasaan. Bila anda semakin cekap, lepaskan gelendung dan brek dengan perlahan untuk jarak yang lebih baik.
Cuba teknik ini dan jika anda masih tidak berjaya, emel kepada saya di …
emel: phil@theasianpublisher.com dan saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.
Peringatan, berlatih, berlatih, berlatih.
Gewang atau plak casting sudahpun di baling.
Hubungilah Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di email ini