Abu Garcia Ultracast 3 Fishing Rod

Test Drive

Abu Garcia fishing, Abu Garcia reel, Abu Garcia ultra cast, Abu Garcia, Abu Garcia Revo, Abu Garcia salty, Abu Garcia fishing rods, Abu Garcia rods, Abu Garcia Ultracast rod, Abu Garcia fishing rods, Abu Garcia ultracast, fishing reels, fishing tackle, fishing tools, Abu Garcia rods, Abu Garcia fishing rods review, About Abu Garcia, Abu Fishing, Abu Fishing tackle, Abu fishing reels, Abu fishing rods, fishing tackle, the angler magazine, the angler, angler magazine, fishing magazine, fishing magazine asia, asia fishing magazine, best fishing magazine, asean publisher, the asian publisher, ASEAN Publisher, Escapy Travel, Escapy Travel Magazine, The Asian Angler, The Asian Angler Magazine,

Advertisement

Saya sudah banyak menggunakan joran-joran Abu Garcia untuk bertempur dengan pelbagai jenis ikan, dan joran-joran Abu Garcia ini berfungsi dengan baik sekali. Joran Abu Garcia Ultracast 3 yang saya baru menguji juga berfungsi dengan baik.

Nama Ultracast bukanlah baru. Ia sebenarnya sudah terkenal diantara kalangan pemancing-pemancing pantai yang perlu membaling umpan mereka jauh kedalam laut. Nama “Ultracast” mencadangkan bahawa joran-joran ini dibuat khas untuk balingan yang jauh. Kini Abu Garcia telah menlancarkan joran Ultracast 3 yang baru dan kami telah pun menyeksa nya.

Untuk menguji joran Abu Garcia Ultracast 3 ini, kami membawanya ke kolam Natural Exotic Sports Fishing Pond di Behrang, Perak. Untuk para pemancing yang hendak membina otot mereka dan memikirkan bahawa bersenam di gimnasium adalah membosankan; kolam ini memang dibina untuk anda.

Joran Yang Di Uji

Jenama: Abu Garcia

Siri: Ultracast 3

Model: UCS1002XH A

Aksi: Extra Heavy

Panjang: 10′

Berat Gewang: 1/2-3oz

Berat Tali: 17-40lb

Tulang Joran: Karbon grafit

Pertarungan dengan ikan yang kuat. Abu Garcia Ultracast 3 sedang di uji.

Untuk ujian kami, kami menggunakan joran yang panjangnya adalah 10 kaki dan beraksi Extra Heavy (XH) kerana ikan-ikan sasaran kami berada berdekatan dengan kawasan tepi kolam yang agak jauh dari kami. Untuk umpan kami sampai ke ikan-ikan ini, kami perlu membaling gewang kami agak jauh. Joran panjang inilaj yang akan menolong kami berbuat sedemikian.

Balingan Yang Jauh

Membaling umpan ke kawasan ikan-ikan sasaran kami adalah senang dengan joran Abu Garcia Ultracast 3 ini. Ada beberapa kali umpan kami terlepas sasaran dan terbang terlalu jauh (ada juga para penguji kami yang matanya agak rabun dan tidak dapat melihat dan mengagak betapa jauh umpan tersebut di baling). 

Pemancing dan joran Abu Garcia Ultracast 3 sedang diseksa.

Kuat Berlawan

Ikan-ikan gladiator didalam kolam ini memang gagah dan berlawan dengan kuat. Dibina dengan tulang grafit 24 tan membenarkan joran ini dapat menyerap daya kejutan dari larian ikan dengan baik sehingga kuasa tulang belakang joran mula bertindak. Penyerapan ini menolong para memancing mengedalikan larian ikan-ikan besar dengan mengurangkan tekanan pada lengan pemancing.

Kuasa tulang belakang joran ini mula meningkat diantara 65% hingga 70% panjang tulang (ukuran bermula dari butt section joran (pemegang belakang joran). Lebih kuat ukan berlari, lebih tinggi daya tekanan yang diberi kepada ikan dan juga pemancing. Ikan-ikan didalam kolam ini berlawan dengan kuat sekali dan tekanan yang dirasakan amat tinggi tetapi joran Abu Garcia Ultracast 3 ini dapat mengendalikan perlawanan ikan-ikan ini dengan baik sekali.

 Joran Abu Garcia Ultracast 3 memanglah satu joran yang bagus. Ia datang dengan aksesori yang berkualiti tinggi seperti guide-guide Fuji, Pemegang kekili Fuji, dan juga pemegang joran yang berkualiti tinggi. Joran ini juga mempunyai kuasa yang tinggi dan kebolehan membaling dengan baik. Joran Ultracast 3 ini juga kuat dan gagah. Harga joran ini pun tak tinggi dan berpatutan.

Seekor ikan Chao Phraya catfish yang kuat bertarung.

Jenama: Abu Garcia

Siri: Ultracast 3

Aksi Joran: Extra Heavy

Kekili Yang Digunakan: Penn Fierce

Model Kekili: 6000

Saiz Kekili: 6000

Tali Yang Digunakan (Tali Utama): Berkley Fireline Braid (Flame Green)

lb: 30lb

Tali Leader: Berkley Vanish

lb: 40lb

Umpan / Gewang: Daging Ikan  

Saiz: N/A

Matakail: Owner

Saiz: 7

Cuaca: Sunny with slight wind

 

Spec Joran

Tulang belakang yang kuat

Pemegang joran berkualiti tinggi

Tulang joran grafit 24 tan

Guide Fuji O-Ring

Pemegang kekili Fuji

 

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.