Memancing Di Tasik Prima

Masa Untuk Memancing

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, fishing Prima Lake, Prima Lake, fishing in Prima Lake, Tasik Prima, Fishing tasik Prima, Where to fish in Selangor, where to fish, where to fish in Puchong, fishing in Malaysia

Advertisement

Tasik Prima di Puchong, Selangor, telah menjadi satu tempat yang terkenal di antara komuniti pemancing-pemancing Selangor. Tasik Prima terkenal kerana ia adalah satu-satunya tempat di Selangor yang mempunyai populasi ikan peacock bass yang besar di tasik yang berdekatan dengan bandar. Tetapi memancing di tasik ini bukanlah senang.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, fishing Prima Lake, Prima Lake, fishing in Prima Lake, Tasik Prima, Fishing tasik Prima, Where to fish in Selangor, where to fish, where to fish in Puchong, fishing in Malaysia

Tasik yang baik untuk memancing.

Ikan-ikan yang mendiami tasik ini boleh dikatakan telah mendapat “ijazah dari universiti” dan sukar untuk dipancing. Bukan saja kerana tasik ini sering di laway oleh para pemancing tetapi juga kerana perubahan landskap di kawasan tasik akibat aktiviti-aktiviti penambakan tanah. Walaupun ikan-ikan di tasik ini susah dipancing tetapi ramai pemancing suka datang ke sini kerana terdapat ikan-ikan peacock bass yang besar. Ia menjadi satu cabaran kepada pemancing-pemancing yang sering ke sini.

Pertama kali saya memancing di tasik ini adalah pada tahun 2015. Dari masa itu sampai ke hari ini, cara memancing di sini telah banyak berubah. Pada masa dulu, gewang-gewang seperti gewang jenis “pencil” dan “jerbaits” adalah gewang yang sering mendapatkan ikan. Tetapi sekarang pula gewang plastik lembut menjadi kesukaan ikan. Cara ikatan Carolina rig adalah ikatan yang sering kali menaikan ikan di tasik ini.  

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, fishing Prima Lake, Prima Lake, fishing in Prima Lake, Tasik Prima, Fishing tasik Prima, Where to fish in Selangor, where to fish, where to fish in Puchong, fishing in Malaysia

Ikan peacock bass adalah ikan tumpuan disini.

Umpan plastik lembut yang sering kali berjaya menaikan ikan adalah umpan yang mempunyai ekor yang lurus kerana ikan-ikan disini akan lebih berhati-hati dengan umpan atau gewang yang banyak aksinya. Yang penting untuk berjaya memancing disini adalah gewang atau umpan yang nampak seakan-akan anak-anak ikan dan udang yang terdapat di dalam kolam ini. Gerakan atau aksi yang sering saya lakukan dengan umpan plastic lembut saya adalah aksi-aksi ikan atau udang yang lemah atau yang cedera.

Seperti di kelebihan tasik atau kolam yang sering di pancing, mood ikan tidak dapat ditentukan. Kadang-kadang ikan-ikan disini suka akan umpan atau gewang yang berenang secara erratic (tak tentu arah). Kadang-kadang aksi gewang mesti di perlahankan pula. Yang tentu adalah ikan-ikan seringkali menghentam gewang atau umpan di dasar tasik.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, fishing Prima Lake, Prima Lake, fishing in Prima Lake, Tasik Prima, Fishing tasik Prima, Where to fish in Selangor, where to fish, where to fish in Puchong, fishing in Malaysia

Tasik Prima bukanlah tempat yang senang dipancing.

Sebelum seorang pemancing memancing di mana-mana tasik atau kolam; ia adalah penting untuk memilih tempat yang baik untuk memancing. Tetapi oleh kerana tasik ini adalah satu tasik yang agak besar, ia menjadi agak sukar untuk membaca keadaannya. Pemancing yang sudah biasa memancing di tasik ini akan selalu kembali ke tapak-tapak rahsiah mereka. Untuk yang baru hendak memancing disini, tip yang saya boleh beri adalah untuk mencari struktur-struktur seperti batu besar, dahan-dahan pokok yang sudah tengelam, tayar-tayar, etc.

Tanpa mengunakan sonar; satu cara untuk mencari struktur-struktur ini adalah dengan memancing dengan mengunakan cara Carolina rig. Buatlah balingan berdekatan dengan kawasan-kawasan tepi kolam dan rasailah keadaan didasar. Tetapi apabila kami memancing di struktur-struktur; kami akan matakail kami akan seringkali tersangkut pada struktur-struktur ini. Mungkin anda boleh mengunakan matakail yang agaka lembut dan senang di tarik keluar dari struktur-struktur dan di bentuk kembali ke bentuk asalnya.

Walaupun memancing di Tasik Prima agaka sukar jika dibanding dengan tahun-tahun yang awal, ikan-ikan peacock bass besar masih dinaikan. Kerana ikan-ikan besar inilah pemancing-pemancing seringkali kembali untuk memancing ditasik ini walapun airnya dah keroh akibat aktiviti-aktiviti penambakan tanah. 

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.