Kekili Spinning Penn Passion 

Memperkenalkan

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Penn, Penn fishing, Penn reels, Penn Passion reels, Penn Passion, Penn spinning reels, Penn Passion spinning reels, Penn Passion reel review

Advertisement

Kekili spinning Penn Passion bukanlah calang-calang kekili. Ia adalah satu siri kekili yang mempunyai nilai yang banyak kekili-kekili di pasaran tidak. Penn Passion adalah siri kekili yang menyokong American Breast Cancer Foundation (Yayasan Kanser Payudara Amerika).

Kekili Penn Passion adalah juga satu siri kekili yang gagah dan kuat; seperti kekili-kekili Penn yang lain. Ia dibuat untuk memancing ikan-ikan yang kuat berlawan. Kekili Penn Passion adalah kekili penuh logam yang dibina untuk pancingan laut / air masin.

Penn Passion datang dalam warna hitam, perak, dan merah jambu; warna yang mewakili (American Breast Cancer Foundation) Yayasan Kanser Payudara Amerika. Warna jambu juga mencadangkan bahawa kekili ini dibuat khas untuk pemancing wanita. Mungkin begitulah idea di belakang kekili ini tetapi ia juga boleh digunakan oleh pemancing-pemancing lelaki.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Penn, Penn fishing, Penn reels, Penn Passion reels, Penn Passion, Penn spinning reels, Penn Passion spinning reels, Penn Passion reel review

Penn Passion dengan nisbah gear 5.2:1.

Kekili Penn Passion memang kuat dan lasak. Badannya amat tegar dan boleh menahan tekanan yang tinggi semasa bertarung dengan ikan-ikan yang kuat berlari, dan juga ikan-ikan yang berat. Ketegaran dan kelasakan kekili Penn Passion ini memberi keyakinan kepada pemancing dalam masa pertarungan.

Untuk para pemancing yang gemar mengunakan tali braided; kekili Penn Passion datang dengan gelendung yang di bina untuk kegunaan jenis tali tersebut. Ia juga datang dengan pengukur kapasiti tali supaya pemancing boleh mengagak berapa banyak tali lagi yang berada di dalam gelendungnya pada masa pertarungan dengan ikan.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Penn, Penn fishing, Penn reels, Penn Passion reels, Penn Passion, Penn spinning reels, Penn Passion spinning reels, Penn Passion reel review

Shaft utama yang kuat dan kukuh.

Drag Penn HT-100 Carbon Fibre Drag yang sudah lama terbukti berkesan pasti akan meletihkan ikan-ikan dengan cepat dan dengan lancar. Wayar bail kekili ini yang dibuat dengan aluminium dan rotor yang dibuat dengan bahan Rigid Resin RR30 yang ditala dengan system Techno Balanced memang memberi keyakinan ekstra kepada pemancing yang memancing dengan kekili ini.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Penn, Penn fishing, Penn reels, Penn Passion reels, Penn Passion, Penn spinning reels, Penn Passion spinning reels, Penn Passion reel review

Pemegang yang selesa.

Specs

Badan logam penuh

Rotor Rigid Resin RR30 Techno-Balanced™

5+1 galas keluli tahan karat tertutup

Drag karbon HT-100™

Wayar bail tahan lasak aluminium

Gelendung Superline

Garisan Pengukur Kapasiti Tali

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.