Perjalanan Ke Dalam Dunia Memancing Fly Bahagian 7 : “Dry Fly”

Knowledge Wise

Advertisement

Dalam perjalanan kami ke dalam dunia memancing layang, ia kelihatan lebih ketara bahawa sukan memancing fly bukan sahaja satu sukan memancing tetapi ia juga adalah satu. Seni ini bukan sahaja dalam cara membaling umpan fly. Ia adalah satu seni kerana umpan fly perlu di ikat dan umpan-umpan ini mesti menyerupai serangga-serangga yang terdapat di atas permukaan air dan juga didalam. Dalam artikel ini kami melihat apa itu “dry fly.”

“Dry fly” adalah umpan yang menyerupai serangga-serangga yang hidup di luar atau di atas permukaan air (kolam, tasik, sungai, dll). Serangga-serangga ini adalah seperti belalang, pepatung, labah-labah, semut, dll. “Dry fly” adalah umpan yang terapung di atas permukaan air. Ikan-ikan yang memakan serangga-serangga seperti yang dikatakan akan memakan umpan-umpan jenis “dry fly.”

Sebagai contoh; serangga “mayfly” salah satu serangga yang bersayap dan boleh terbang, memulakan hidupnya di dalam air sebagai seekor nimfa. Ia akan hidup di dalam air untuk beberapa tahun sebelum menjadi satu serangga yang bersayap. Keadaan ini dikenali sebagai keadaan “subimago.” Sebelum mereka terbang, serangga-serangga ini akan berada diatas permukaan air untuk sesuatu masa (beberapa minit hingga beberapa hari).

Dalam keadaan inilah serangga-serangga ini menjadi makanan kepada ikan-ikan yang sedang mencari sumber protein dan juga untuk menhilangkan kelaparan. Umpan “dry fly” di ikat mengikut bentuk-bentuj serangga-serangga sebegini. Umpan fly ini di baling berdekatan ikan-ikan dan dibiarkan di atas permukaan air seakan-akan serangga “mayfly” yang berada didalam keadaan “subimago.”

Apakah serangga=serangga yang selalu berada di tepi sungai, kolam, tasik, etc? Jika anda melihat dengan lebih teliti, kadang-kadang ada juga akan dapat melihat serangga-serangga yang terbang berdekatan dengan permukaan air. Serangga-serangga ini juga kerap terjatuh di atas permukaan air. Mungkin anda mengetahui satu serangga bersayap yang dipanggil kalkatu. Kalkatu ini selalu dilihat pada masa hujan, berdekatan dengan kawasan hutan. Serangga kalkatu adalah salah satu makanan kesukaan ikan-ikan seperti ikan tilapia, lampa, kalui, dll. Perlulahj umpan fly yang menyerupai serangga ini disimpan di dalam kotak umpan fly apabila memancing di tasik-tasik, kolam-kolam, dan juga sungai-sungai yang berdekatan hutan.

The Angler Magazine, The Angler, The Asian Angler, Berkley fishing, fly fishing, casting a fly, fly casting, fishing tips, how to cast flies, fly cast, casting flies, how to fly fish, types of flies, types of flies for fly fishing, dry flies, dry fly

Dry flies.

Memancing Dengan “Dry Fly”

Oleh kerana umpan “dry fly” digunakan untuk memancing diatas permukaan air, tali fly jenis terapung perlu digunakan. Cara ini umpan fly anda akan berada dipermukaan air seakan-akan seekor serangga yang terjatuh keatas permukaan air. Bayangkanlah seekor ulat kalkatu yang terjatuh keatas permukaan air. Apakah aksi ulat tersebut?

Katakan anda sedang memancing kat kolam yang tiada pergerakan air dan tiada angin juga. Keadaan air amat tenang. Umpan anda yang menyerupai seekor ulat kalkatu dibaling dan ia jatuh di atas permukaan air. Ikan-ikan yang berdekatan akan melihat umpan anda. Jika ikatan umpan anda menyerupai seekor ulat kalkatu; besar kemungkinan ikan-ikan ini akan mengambil umpan fly anda.

Anda juga perlu banyak berlatih membaling fly anda kepada ikan-ikan (berdekatan atau di dalam kawasan). Kerana umpan “dry fly” yang jatuh berdekatan dengan ikan selalunya di makan oleh ikan-ikan jenis “opportunist.”

Bagaimana pula jika anda sedang memancing di sungai, di mana air selalu bergerak. Bayangkan seekor labah-labah yang terjatuh kedalam air. Apakah aksi labah-abah tersebut? Ia akan terapung diatas permukaan air dan bergerak mengikut aliran air tersebut sehingga ia sampai berdekatan batu-batu atau pohon pokok dimana ia akan cuba untuk memanjat keatasnya.

Sama juga dengan umpan fly anda. Biarlah umpan anda bergerak mengikut pengaliran air untuk sesuatu jarak yang anda hadkan (mungkin 7 hingga 8 kaki) sebelum anda Menarik balik umpan anda (kaedah stripping). Jika jarak terlalu jauh anda mungkin akan mengalami masalah-masalah seperti seperti tali sangkut. Lihatlah keadaan air sebelum anda membaling umpan anda.

Cubalah latihan ini. Pergi ke satu kolam yang berdekatan. Lihatlah keadaan kolam tersebut. Beri perhatian kepada serangga-serangga atau ulat-ulat yang hidup berdekatan dengan kolam tersebut. Lihatlah cara pergerakan mereka. Ambilah gambar-gambar serangga-serangga atau ulat-ulat ini. Dengan memerhati alam semula jadi anda akan menjadi seorang pemancing fly yang lebih baik Kita berjumpa lagi di isu yang akan datang.

 

Advertisement

SUBSCRIBE NOW

Do Not Miss Another Issue

Contact us

For more information or should your have enquiries, do drop us an email.