Warna adalah sesuatu yang selalu menangkap perhatian seseorang. Warna juga mewakili sesuatu benda, tanda, dan juga jenama. Sebagai contoh; merah untuk marah atau bahaya, kuning untuk “berhati-hati” di sesuatu tempat, hijau untuk eco atau konsep semulajadi, dan banyak lagi.
Jika anda menjejak langkah ke dalam mana-mana kedai memancing dan melihat joran-joran yang berwarna-warni; joran-joran ini besar kemungkinan adalah joran Abu Garcia dari siri Colors. Joran-joran Abu Garcia Salty Nova Colors adalah satu sisi joran Abu Garcia yang di reka oleh team Abu Garcia Korea.
Joran-Joran Abu Garcia Salty Nova Colors datang dalam lima warna iaitu:
Pastel Blue
Summer Blue
Soul Red
Active Yellow
Light Green
Apakah makna atau mksud warna-warna ini? Setiap warna mewakili sejenis joran yang di buat khas untuk sejenis segmen atau gaya memancing.