Peminat-peminat tali Berkley Fireline akan rasa teruja kerana Berkley telah melancarkan satu lagi tali yang digemari para pemancing profesional iaitu tali Berkley Fireline Ultra 8. Tali Berkley Fireline Ultra 8 adalah tali yang di buat dengan lapan carriers (tali kecil) yang dibuat dengan fiber Dyneema yang telah di susun bersama untuk membentuk satu tali yang amat kuat.
Apa Yang Hebat Sangat Dengan 8?
Apa kebaikan 8 carriers? Carriers adalah tali-tali kecil yang halus. Carriers yang digunakan oleh Berkley dibuat dengan fiber-fiber Dyneema yang amat kuat. Dyneema adalah fibre yang digunakan untuk membuat vest kalis peluru yang biasa dipakai oleh pihak polis. Berkley mengunakan lapan carrier untuk membuat satu tali yang kuat dan lebih bertahan.