Kini pula Berkley mengeluarkan umpan lembut Berkley PowerBait terbaru iaitu Berkley PowerBait® Pro Grub. Umpan lambut Berkley PowerBait® Pro Grub ini datang dengan profil yang lebih besar yang dapat menarik perhatian ikan-ikan dengan lebih berkesan. Riba-riba pada badan umpan ini juga lebih besar dan dapat mengeluarkan lebih lagi getaran di bawah air.
Seperti semua umpan lembut Berkley PowerBait®, Berkley PowerBait® Pro Grub datang dengan aroma-aroma yang menarik perhatian ikan. Apabila ikan mengambil umpan ini, lebih lagi aroma akan memasuk mulut ikan dan ikan akan mengigit umpan ini lebih lama berbanding umpan-umpan lembut yang lain (18 kali lebih lama).
Cubalah umpan lembut Berkley PowerBait® Pro Grub pada trip memancing anda yang akan datang. Anda boleh mengerakannya dengan laju untuk ikan-ikan yang suka mengejar ikan-ikan kecil, dan perlahan untuk ikan-ikan yang tidak suka mengejar dan memakan ikan-ikan yang berenang berdekatan.