Innovasi selalu terjadi didalam sukan kami. Saya percaya bahawa pada suatu hari yang akan datang kami akan melihat gewang yang boleh memburu ikan. Suatu hari nanti, lah tu. Buat masa ini kami ada jig Berkley Snap Jig yang direka untuk menolong para pemancing menangkap lebih banyak ikan lagi.
Jig Dengan Sayap
Jig Berkley Snap Jig adakah sejenis jig head yang datang dengan sayap. Dengan tambahan sayap kepada jighead; jighead tersebut menjadi versatile (serba boleh). Ia memberi para pemancing lebih banyak cara untuk memanipulasi umpan lembuti dan juga lebih aksi renang.