Sebelum seorang pemancing memancing di mana-mana tasik atau kolam; ia adalah penting untuk memilih tempat yang baik untuk memancing. Tetapi oleh kerana tasik ini adalah satu tasik yang agak besar, ia menjadi agak sukar untuk membaca keadaannya. Pemancing yang sudah biasa memancing di tasik ini akan selalu kembali ke tapak-tapak rahsiah mereka. Untuk yang baru hendak memancing disini, tip yang saya boleh beri adalah untuk mencari struktur-struktur seperti batu besar, dahan-dahan pokok yang sudah tengelam, tayar-tayar, etc.
Tanpa mengunakan sonar; satu cara untuk mencari struktur-struktur ini adalah dengan memancing dengan mengunakan cara Carolina rig. Buatlah balingan berdekatan dengan kawasan-kawasan tepi kolam dan rasailah keadaan didasar. Tetapi apabila kami memancing di struktur-struktur; kami akan matakail kami akan seringkali tersangkut pada struktur-struktur ini. Mungkin anda boleh mengunakan matakail yang agaka lembut dan senang di tarik keluar dari struktur-struktur dan di bentuk kembali ke bentuk asalnya.
Walaupun memancing di Tasik Prima agaka sukar jika dibanding dengan tahun-tahun yang awal, ikan-ikan peacock bass besar masih dinaikan. Kerana ikan-ikan besar inilah pemancing-pemancing seringkali kembali untuk memancing ditasik ini walapun airnya dah keroh akibat aktiviti-aktiviti penambakan tanah.