Fly adalah sejenis umpan yang amat ringan dan tidak aerodinamik. Oleh kerana itu, belajar membaling umpan fly akan memerlukan banyak latihan. Untuk membaling umpan fly ke kawasan air yang hendak dipancing, kami perlu mengunakan tali fly untuk membawa umpan fly ke kawasan air yang diingini. Ia tak sesenang itu.
Sains Dibelakang Balingan Fly
Pergerakan joran akan tolong anda menolak keluar tali fly anda. Setiap pergerakan joran yang anda buat akan menolak tali fly keluar. Tetapi bukan semua pergerakan joran yang anda buat adalah pergerakan yang efisien. Joran anda perlu bergerak dalam gerakan depan dan belakang dalam satu garisan yang linear.
Permulaan
Jika anda tak pernah membaling umpan fly, cara yan terbaik untuk belajar adalah dengan belajar pergerakan joran, dan membuat pergerakan ini berulangkali. Dibawah adalah cara-cara untuk membaling fly. Sebelum bermula pastikan anda berada di satu kawasan yang lapang. Pakailah topi dan cermin mata untuk perlindungan dan keselamatan anda. Jangan guna umpan fly yang ada matakail. Dan pastikan tiada orang berkeliaran di depan dan di belakang anda.