Kekili spinning Penn Passion bukanlah calang-calang kekili. Ia adalah satu siri kekili yang mempunyai nilai yang banyak kekili-kekili di pasaran tidak. Penn Passion adalah siri kekili yang menyokong American Breast Cancer Foundation (Yayasan Kanser Payudara Amerika).
Kekili Penn Passion adalah juga satu siri kekili yang gagah dan kuat; seperti kekili-kekili Penn yang lain. Ia dibuat untuk memancing ikan-ikan yang kuat berlawan. Kekili Penn Passion adalah kekili penuh logam yang dibina untuk pancingan laut / air masin.
Penn Passion datang dalam warna hitam, perak, dan merah jambu; warna yang mewakili (American Breast Cancer Foundation) Yayasan Kanser Payudara Amerika. Warna jambu juga mencadangkan bahawa kekili ini dibuat khas untuk pemancing wanita. Mungkin begitulah idea di belakang kekili ini tetapi ia juga boleh digunakan oleh pemancing-pemancing lelaki.